Sunday, 19 May 2013
TIPS HIKMAH:CAPAILAH NIKMAT HIDUP itu DENGAN TENAGA BATIN / DALAMAN bukan dengan TENAGA ZAHIR / LUARAN.
Dalam kehidupan kita menempuh tiga jalan yaitu :-
Pertama Berjalan dengan sendirinya.
Kedua Menjalankan kehidupan sendiri
Ketiga Dibawa berjalan
Perjalanan pertama Semasa dalam kandungan ibu kita berjalan dengan Ilmu Tuhan. Itu sebab kita tidak merasa susah.
Perjalanan kedua Yaitu setelah kita lahir kita harus menjalankan sendiri kehidupan kita. Salah jalan mengakibatkan penderitaan.
Perjalanan Ketiga Yaitu setelah perjalanan sampai kebatas, kita dibawa berjalan untuk kembali keasal.
Perjalanan pertamalah yang terbaik yaitu berjalan dengan Ilmu Tuhan. Soalnya setelah kita dilahirkan ibu, masih adakah Ilmu Tuhan itu pada kita ? Jawapannyamasih ada dan padanyalah terletak RAHSIA kehidupan kita. DIA menghidupkan kita didalam. Mengaliri dam mengisi jalan kehidupan kita dan terbatas pada kulit dan bulu kita. Pembawaannya yang berjalan dengan sendirinya itu bagi kita TETAPADA. Dia telah ada semenjak kita diadakan. Keadaan keliling kitalah yang menyebabkan kita lupa atau sampai melupakannya.
Kehidupan kita yang kita warisi setelah kita dilahirkan terlampau banyak dibawa MELIHAT KELUAR dan amat sedikit sekali diberitahu tentang keadaan kita DIDALAM. Kita dididik diasuh kesemuanya mengenai alam diluar sahaja sejak dahulu hingga kini.Yang dititikberatkan ialah kehidupan lahir. Amat sedikit kita diberitahu mengenai kedudukan yang tidak nampak, yang batin dan yang ghaib.
Kita diberitahu tentang Yang Maha Ghaib yaitu Allah Maha Besar Lagi Maha Berkuasa, tetapi amat sedikit pengetahuan kita tentang JALAN kepadaNya, kerana tidak ada yang dapat menunjukkan jalan yang sebenarnya kerana amat sedikit pula orang yang dapat PETUNJUK akan jalan itu.
Pendek kata kita dididik terlampau jauh melihat KELUAR sampai lupa DIRI SENDIRI yang DIDALAM. Akibatnya cara kita menjalankan kehidupan bercabang cabang kekiri dan kekanan sedangkan jalan kehidupan yang sebenarnya adalah LURUS yaitu keatas untuk kembali kepada TUHAN dan kebawah untuk kembali ketanah.
Jauh dan lama sudah kita berjalan. Apakah HASILNYA ? Kita sebenarnya telah menempuh JALAN KOSONG yang dimurkai dan diperdaya oleh IBLIS. Percayalah jalan yang lurus, benar, berisi dan tidak dimurkai ADA PADA DIRI kita.
Maka cari dan kenalilah DIRI SENDIRI. Untuk mendapat petunjuk HENDAKLAH JANGAN BERDOA SAHAJA, disamping berdoa gunakanlah otak dan kecerdasan kita. Kajilah Al-Quran.
Untuk memenuhi keperluan hidup kita kena berjuang memerah tenaga dan otak. Perjuangan ini menggunakan banyak tenaga yaitu tenaga lahir yang berasal dari zat zat bahan makanan yang diperolehi diluar.
Akhirnya tenaga kita habis tetapi hasilnya tidak seberapa !!!!
Maka jelaslah bahawa KELEMAHAN dan KEKURANGAN terletak pada badan kita sendiri. Kemahuan, cita cita dan kehendak kita banyak, nafsu kuat akan tetapi DAYA & TENAGA LEMAH.
RUMUSANNYA ialah yang kurang pada kita ialah TENAGA atau energie. Kita kekurangan tenaga untuk mencapai yang kita hendak. Dan SALAHNYA pada kita sendiri kerana ENGKAR PERINTAH ALLAH melalui Surah Ar- Rum Ayat 8 itu yaitu tidak hendak memikirkan apa yang didalam diri kita tidak mahu menyelidik dan belajar keadaan diri kita sendiri. Tak habis habis memandang keluar sahaja.
Mempelajari keadaan sendiri bererti MEMPELAJARI APA YANG ADA PADA KITA. Allah tidak sia sia menciptakan kita. Keadaan kita yang paling sempurna. Sempurna maknanya CUKUP.
SOALNYA KENAPAKAH HIDUP KITA DIDUNIA INI MASIH LAGI SERBA KEKURANGAN ? Bukan Tuhan yang salah TETAPI KITALAH YANG BODOH kerana MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SALAH.
Ketahui dan YAKINILah bahawa Allah SWT amat Pengasih Dan Penyayang. Allah telah mengurniakan kita bekalan yang secukupnya untuk menikmati hidup didunia ini. MODAL untuk kita MENIKMATI bukan sahaja CUKUP tetapi TIDAK PERNAH HABIS dan PUTUS.
Soal MODAl ! , modal apa tu ?Soal Mana letaknya modal tu ?Soal Macam-mana nak mengambil dan gunakannya ?
Jawab MODAl tu terrahsia kerana ianya RAHSIA. Modal itu hebat mempunyai tenaga tersembunyi yang sangat hebat yaitu TENAGA GHAIB dan AJAIB. Ianya tenaga ghaib yang berisikan NIKMAT, bukan yang dimurkai dan bukan yang sesat. Macam-mana boleh sesat kerana ianya datang terus dari DIA YANG MAHA BENAR.
Rupa rupanya selama ini kita berfikir, bekerja bergerak dan sebagainya DENGAN TENAGA LAIN. Tenaga ini terhad dan diluar kemampuan kita, tetapi kita paksakan juga.
Kita terlupa bahawa segala-galanya telah diatur oleh YANG MAHA PENGATUR yaitu YANG MAHA GHAIB. Musuh musuh kita yaitu nafsu, syaitan dan iblis juga ghaib. Kita pula terdiri dari YANG NYATA dan YANG GHAIB. Zahir dan Batin. Tetapi Yang Batin selalu kita terlupa.
Oleh itu untuk hidup bahagia, selain menggunakan tenaga lahir mestinya juga kita gunakan tenaga batin. Daya tenaga batin lebih hebat dari tenaga lahir. Ia sudah berada bersama kita sejak kita dilahirkan akan tetapi tidak pernah kita gunakan lantaran kita TIDAK TAHU. IBLIS bersumpah untuk MENYESATKAN keturunan ADAM dan permintaan kepada Allah untuk hidup selamanya telah diperkenankan. Hanya SEDIKIT dari keturunan Adam yang dikecualikan Iblis
Firman Allah :
Mereka bertanya kepadamu Muhammad mengenai RUH, jawablah tiada diberitau tentang itu kecuali SEDIKIT.
Tenaga ghaib yang tersembunyi itu dikurniakan Allah kepada Nabi Adam dan turun temurun kepada kita. Inilah yang dirujuk oleh Allah sebagai yang SEDIKIT. Ini berlaku apabila Iblis enggan sujud kepada Adam. Dan DIA jugalah yang dijelaskan Allah berkaitan RUH kepada Nabi kita. Sedikit itu bagi Allah. Bagi kita SEDIKIT itu merupakan rahmat yang tidak terhingga.
Apakah yang SEDIKIT itu?
Firman Allah :- Surah Al Hijr Ayat 29 Aku hembuskan kepadanya daripada RuhKu.
Itulah yang SEDIKIT.
DIA yaitu DIRI memberi HAK HIDUP kepada kita. Kehidupan kita terbatas. Batasnya ialah bulu dan kulit kita. Hak mati pada Yang Memberi yaitu Allah. Sampai waktunya dijemput pulang, maka hak memakai oleh badan pun luputlah.
Tenaga ghaib yaitu DIRI kita itu dahsyat tenaganya kerana bukankah itu KUDRATULLAH dari Yang Bersifat Ketuhanan ? Hanya dengan IKUTSERTAKAN tenaga ghaib segala rintangan dan halangan boleh selesai kerana seluruh isi alam semesta ini adalah ciptaan Yang Maha Ghaib.
Tenaga tersembunyi itu ada pada DIRIMU dan BUKAN dibadanmu. Dia ada padamu dan banyak diluar .
Pada kita LANGIT adalah kepala kita, BUMI adalah perut kita dan hidup kita adalah antara langit dan bumi. Kita berpijak dibumi Tuhan yaitu tempat badan dikembalikan. HIDUP dibawah naungan TUHAN ( langit ) tempat DIRI kembali. Badan dari tanah kembali ketanah, DIRI dari Allah kembali kepada Allah jua. Dua perkara ini disatukan menjadi kita MANUSIA.
Satu NYATA satu pula GHAIB atau TERSEMBUNYI. Keduanya mempunyai TENAGA. Tenaga manakah yang anda mahu ?. Ingatlah bumi dibawah langit diatas. Mahu kebawah atau keataskah kita ?
Keretapi berjalan mengikut jalannya sendiri yaitu dikenal sebagai landasan, kereta pula jalannya ialah jalanraya. Bila kita naik keretapi atau kereta kita sebenarnya menumpang jalan keretapi atau jalan kereta. Dimanakah jalan milik kita sendiri ?
Tidak mengapa menumpang tetapi biarlah masing masing mempunyai jalan mereka sendiri. Bagi kita jalan kita ialah jalan DIRI kita. Jalan Diri kita letaknya pada kita didiri kita CARILAH JALAN ITU. TEMUINYA DAN GUNAKANNYA. Ianya jalan yang lurus lagi benar kerana berasal dari YANG MAHA BENAR.
Oleh itu marilah kita pelajari DIRI KITA masing masing DARI DALAM bukan DARI LUAR. SELAMA ini JALAN yang banyak kita gunakan ialah JALAN FIKIRAN KITA yang tidak boleh dijadikan pedoman kerana banyak simpang siurnya dan sangat diragukan kebenarannya. Ianya BUKAN jalan YANG LURUS.
BILA kita telah TEMUI jalan DIRI kita, hendaklah kita berjalan dengannya kerana dialah YANG HIDUP. Fikiran yang dari otak dihidupkan oleh DIRI. DIRI yang telah menembusi bulu dan kulit mengandung seribu daya Zat serba Zat dan kita akan mengetahuinya bukan dengan mata kepala atau lain lain pancaindera. Kita mengetahuinya dengan RASA yaitu PERASAAN KITA. Orang mengatakan Mata Hati . Ada matakah Hati kita itu atau Matahati itu ialah RASA yang kita rasakan ?
JALANNYA YANG DAPAT BETUL KITA RASAKAN IALAH MELALUI HUJUNG JARI KITA JARI JARI YANG SEPULUH ITU. PADANYALAH LETAKNYA RAHSIA HIDUPMU DIDALAM.Yang dikatakan jalannya diri itu sama juga dengan PANCARAN dari dalam tubuh kita seperti karan pada dawai letrik. Jadi yang hendak dicari ialah PANCARAN dari dalam tubuh kita sendiri. Jika terus diturutkan pancaran ini ianya akan MELAHIRKAN bermacam-macam pergerakan pada anggota kita yang tidak dapat kita kawal dengan otak kita.
Ketahuilah bahawa DIRI itu dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU yaitu RUH TUHAN. Jadi kita katakan RUH yang digelar DIRI itu KETUHANAN
Firman Firman Allah :-Surah As Shad Ayat 72
Aku hembuskan kepada Adam daripada RUHKU.
Surah Az Zuriat Ayat 21
Dan didalam diri kamu dan kamu tidak melihat
Surah Al Baqarah Ayat 87
Aku perkuat manusia dengan RUH AL-QUDSI
Ketahuilah juga bahawa tidak ada yang sulit disisi Tuhan.
Oleh kerana DIRI itu bersifat Ketuhanan padanya :-
Segala kesulitan dapat diselesaikan, Kalau kita ketahui padanya ada UBAT kalau kita pandai menjalankanya segala penyakit akan terubat
Kalau kita ketahui padanya ada rezeki, dan kalau kita perkembangkan maka akan mudahlah rezeki kita
Dari itu jadilah kita orang serba tahu di jalannya DIRI.
SOALAN PADA DIRI SENDIRI
Kenapakah sewaktu kita belum dikeluarkan dari ALAM YANG SEMPIT DAN TERBATAS yaitu RAHIM IBU kita, kita tidak merasa susah akan tetapi setelah keluar ke dunia yang luas terbentang kita susah dan menderita ? Kita sebenarnya dikeluarkan dari tempat yang senang / Rahim Ibu didatangkan dari tempat yang sesenang-senangnya yang memberi segala kesenangan.
Jawabnya ialah kita tak tahu di DIRI dan telah melupakan DIRI sendiri. Kita telah menurutkan JALAN MATI bukan JALAN HIDUP.
ELOKLAH KITA KEMBALI KEJALAN YANG BENAR dan TINGGALKAN JALAN SESAT.....
'AKU'
Bapak Baginda Mokhtar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment