Wednesday, 22 May 2013

ayam masak kicap berempah


02-05-13-161242


Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1 ekor ayam ~ potong dan cuci bersih sedikit garam sedikit kunyit. Gaul ayam bersama kunyit, perap sebentar. Goreng ayam dalam minyak panas secara terendam sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
  • Bahan kisar- 6 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 10 tangkai cili kering, 1 sudu teh lada hitam, 1 inc halia, 1 batang serai, Kesemua bahan di atas dikisar.
  • Bahan tumis- 1 batang kulit kayu manis, 5 kuntum bunga cengkih, 2 kuntum bunga lawang 3 biji pelaga, 1 batang serai ~ dititik
  • Rencah - 3 biji kentang ~ di hiris dan digoreng, 2 labu bawang besar ~ potong bulat, 2 sudu besar ~ kicap pekat, 2 sudu besar rempah kari daging, 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, 1 kiub pati ayam, garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali .Tumiskan bahan tumis hingga naik bau .Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing .Masukkan rempah kari, kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan pati ayam .Jika kuah terlalu kering, tambahkan sedikit air. Masak hingga didih Masukkan ayam goreng, kentang goreng dan bawang besar hiris .Biar kuah masak dan pekat .Perasakan dengan garam dan gula [x]

No comments:

Post a Comment

Blogroll