Thursday, 2 May 2013

apakah punca jerawat


 
                                                      Jenis, punca dan mitos jerawat

Mengapa remaja sering kali mengalami masalah jerawat yang banyak?

Sememangnya, jerawat antara masalah merunsingkan remaja. Selalunya, jerawat mula muncul pada awal atau pertengahan baligh iaitu seawal umur 10 tahun ketika hormon seksual mula meledak. Ia menyerang tanpa mengira jantina. Cuaca panas kadangkala memburukkan keadaan kerana ia menyebabkan kulit lebih berminyak.

Faktor keturunan atau genetik adalah punca utama jerawat. Ada tiga keadaan yang biasa dialami pesakit jerawat iaitu kulit berminyak, pengelupasan semula jadi sel kulit mati yang tidak normal dan kehadiran bakteria Proprionibacterium acnes yang banyak di dalam kulit.

Faktor perubahan hormon seksual banyak menyumbang kepada pengeluaran sebum atau kulit berminyak. Rawatan jerawat termasuklah ubatan menanggalkan sel kulit mati (exfoliant), mengurangkan kulit berminyak dan antibiotik menghapuskan bakteria.

Kebanyakan remaja tidak mempunyai pengetahuan secukupnya berkaitan jerawat. Berikut disenaraikan sedikit penerangan mengenai punca jerawat dan tips mengurangkan masalah berkenaan;

* Jerawat atau lebih tepat digelar akne mengikut istilah perubatan adalah benjolan kecil yang timbul di permukaan kulit.

Ada pelbagai jenis benjolan kecil ini iaitu whiteheads (berwarna kulit atau sedikit putih), blackheads (mempunyai bintik hitam di tengah), jerawat (berwarna merah dan menyakitkan) dan jerawat batu atau nodul (benjolan lebih besar membabitkan lapisan kulit lebih dalam).

Jerawat peringkat teruk dikenali sebagai acne vulgaris. Ia memerlukan rawatan segera daripada doktor. Kegagalan merawat akne vulgaris dengan sempurna bakal menyebabkan parut berkekalan pada muka.

Berikut adalah MITOS berkaitan jerawat yang selalu diketahui:

1. Jerawat disebabkan kulit kotor atau tidak dicuci bersih. Jerawat tidak terjadi akibat kulit kotor. Sebaliknya, ia disebabkan penghasilan berlebihan kelenjar minyak dan pengumpulan sel kulit mati, sebum (minyak) serta bakteria yang menyebabkan keradangan di dalam poripori kulit.

2. Kekerapan mencuc muka kurangkan potensi kemunculan jerawat.

Walaupun mencuci muka dapat menghilangkan kotoran dan minyak dari kulit, kekerapan mencuci akan menjadikan radang dan kulit kering. Fenomena ini juga boleh mencetuskan jerawat. Penggunaan scrub (lulur) akan memburukkan lagi keadaan kerana kulit berpotensi mudah radang dan tercedera. Anda seharusnya menggunakan pencuci sederhana (mild) melalui pergerakan berpusing secara lembut, dua kali sehari dan lap lembut menggunakan tuala bersih. Jika kulit muka terasa tegang dan kering selepas dicuci, ia menandakan pencuci muka itu terlalu kuat dan tidak sesuai.

3. Memicit jerawat akan cepat menghilangkannya.

Memicit jerawat menyebabkan jerawat kurang kelihatan untuk sementara waktu. Namun, proses ini menyebabkan pertumbuhan bakteria, sel kulit mati dan sebum tertolak lebih mendalam ke dalam kulit dan menyebabkan kawasan berkenaan bengkak dan merah. Ia akan melambatkan proses penyembuhan jerawat dan boleh meninggalkan tanda merah atau coklat serta parut pada kulit. Tanda berwarna ini akan kekal selama beberapa bulan sementara parut pula akan kekal selama-lamanya.

4. Jangan memakai bahan solekan jika mahu kulit mulus.

Jika menggunakan bahan solekan yang tidak komedogenik, bersolek tidak akan menyebabkan jerawat. Berhati- hatilah apabila memilih bahan kosmetik dengan membaca terlebih dulu label pada bahan kosmetik.

5. Memakan coklat atau kacang dan tekanan mencetuskan jerawat.

Punca utama jerawat bukan berpunca daripada makanan. Bagaimanapun, ada makanan tertentu mungkin memburukkan lagi jerawat. Jika berlaku hal sedemikian, kurangkan pengambilan makanan berkenaan. Tekanan tidak mencetuskan jerawat namun boleh meningkatkan pengeluaran sebum, seterusnya memburukkan lagi keadaan jerawat sedia ada.

6. Jerawat adalah sebaha gian daripada resdung, oleh itu elakkan makanan penyebab `gatal' seperti belacan dan sebagainya. Ini tidak benar kerana resdung diistilahkan sebagai sejenis penyakit alahan. Jerawat bukan berpunca daripada alahan...

Kepentingan merawat jerawat dengan betul tidak boleh dipandang rendah kerana kelewatan merawat atau kesilapan pengambilan ubat boleh menyebabkan parut berkekalan, seterusnya mengganggu emosi dan penampilan diri remaja yang sememangnya sangat sensitif dengan penampilan luaran.


" CUBALAH MENGGUNAKAN SABUN AURA KOLAGEN SEBAGAI RAWATAN ALTERNATIF ANDA,RAMAI SUDAH PULIH DARI MASALAH JERAWATNYA...ANDA BILA LAGI...PESAN LAH SEKARANG"

CALL/SMS
NAZ-0125448795
SHIDAH-0125996919

No comments:

Post a Comment

Blogroll