Sunday, 19 May 2013

TIPS HIKMAH;SIANG ADA PADA KITA DAN MALAM PUN ADA PADA KITA

Siang ada pada kita dan malam pun ada pada kita.

Siang adalah yang Terang dan yang Terang adalah Diri dan malam adalah Gelap dan
yang gelap ialah Badan.

Siterang letaknya di dalam dan sigelap diluar.

Masukkanlah itu malam kepada siang dan Siang kepada Malam.

Datangkanlah itu yang Hidup dari yang Mati dan yang Mati dari yang Hidup.

Keluarkanlah yang di dalam dan kedalamkanlah yang di luar.

Untuk itu REZEKI yang tak TERDUGA DUGA terbilang banyaknya yang akan kita perdapat.

Pokok persoalannya bagaimanakah nak memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam?

Macammana nak datangkan itu yang hidup dari yang mati, dan yang mati dari yang hidup.

Untuk menjawab persoalan ini, kita anak-anak BBM tidak perlu memikirkan, tidak perlu banyak soal lagi, tidak perlu kehulu kehilir lagi untuk mencari jawapannya..

Sebab BBM telah memecahkan segala rahsia yang terasia itu. Rahsianya terletak pada rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari.

Apabila kita dapat rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu melambangkan atau membawa makna malam telah masuk kedalam siang dan siang telah masuk kedalam malam. Yang hidup telah datang dari yang mati dan yang mati dari yang hidup.

Tidak perlu lagi kita nak merujuk kepada mana-mana buku atau kitan kerana telah dibukakan jalan.

Yang tinggal kepada kita melakukan gerak menggerak sehingga menemui AKU = ALLAH ( kita yang bukan kita lagi )

Semasa melakukan gerak menggerak ( gerak AKU yang berlaku pada diriku dan menggerakkan badanku )

Pada masa ini fahamilah AKU ( yang kita bukan kita lagi )

Maksudnya AKU Allah, diriku adalah diri Allah, badanku adalah badan Allah,

Yang awal yang akhir ( zat AKU = insan ( badan diriku ) rahsia AKU, AKU rahsia insan ( badan diriku) yang zohir ( badanku), yang batin ( diriku )

Untuk berjaya kita hanya lakukan saja, tak perlu nak banya bertanya lagi, tak perlu nak memikirkan lagi, lakukan saja tanpa henti, tanpa perasaan malas, tanpa rasa jemu.

Tanpa rasa sombong dan takbur ( kita rasa kita yang melakukan ) dengan penuh sabar sehingga kita memahami dan menemui Siapakah AKU itu.. Dari mana AKU ? Nak kemana AKU?

Apakah indikasi kejayaan kita didalam rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari dan gerak menggerakkan itu.

Indikasi kejayaannya ialah :-

Apabila kita dapat merasai yang kita bukan kita lagi.

Kalau kita bukan kita lagi siapakah kita?

AKU = Allah

Diriku = diri Allah yang diberi nama Muhammad ( nabi bersabda Ana Abu ar-ruh, wa Adam Abu basyar )

Badanku = badan Allah yang diberi nama Adam.

Adakah rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari dan gerak menggerakkan itu tidak penting..

Dengan kaedah BBM ini, ianya teramat penting dan merupakan perkara pokok yang tidak boleh ditinggalkan kerana rasa-rasa yang terasa dihujung jari itu adalah merupakan indikasi kita mengenal diri ( badan dan diri sedang kenal mengenal dan badan sedang menyerahkan apa yang ada padanya kepada diri, dan diri sedang menyerahkan apa yang ada padanya kepada badan)

Manakala gerak menggerak pula merupakan latihan untuk memahirkan serah menyerah ini - ianya berlaku secara automatik, tanpa perlu difikirkan, tanpa perlu diatur, tanpa perlu disoalkan)

Untuk berjaya sepenuhnya dengan kaedah BBM ini ikut sertakanlah rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari disetiap detik dan saat, pada setiap denyutan nadi, pada setiap keluar masuknya nafas kita)

Sehingga kita bertemu dengan AKU ( yang kita bukan kita lagi )

Titik kejadian kita sudah
tidak ada pada kita, kerana telah berkembang menjadi kita, yang berasal dari ibu bapa kita. Dan pada kita ada titik menjadikan.
Akan tetapi pada kita adalah titik penjadian, yang berasal dari TUHAN dan dengan
dapat menguasai titik itu, kita dapat pula jadi menjadikan dengan memperkembangkannya pula. Dia adalah titik hidup, menghidupkan kita di dalam. Di luar kita menguasainya, kerana
adanya terkandung di dalam badan kita. Untuk kelanjutan hidup kita ketentuan tujuan
hidup kita, kenapa kita tak mempergunakan Dia?

Di situlah letaknya kebodohan kita dan disitu pula letaknya kekurangan kita.

• Kalau kita tahu padanya ada bintang, maka diperkembangkan bintang itu akan bercahayalah bintang kehidupan kita dengan di kelilingi oleh bintang bintang
dengan mempunyai daya tarik menarik.

• Kalau kita tahu padanya ada kasih sayang – cinta dan di perkembang, maka kita akan dikasihi – disayangi dan dicintai, selain dari itu maka kita akan mengasihi – ada yang menyayangi dan menyintai pula.

* Kalau kita ketahui padanya tak ada yang tidak ada, maka akan mudahlah segala urusan kita. Kalau kita ketahui, bahawa apa yang ada pada kita, ada pada orang banyak, tidak akan susah rasanya hidup dan tidak perlu gelisah menjalankan kehidupan.

• Kalau kita tahu bahawa kita telah pandai membawakan memasukkan siang pada
malam dan malam pada siang, mendatangkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup, tentu kita akan menerima rezeki yang tak terduga duga datangnya.

• Kalau kita tahu bahawa padanya ada jalan untuk menuju kepada kebesaran dan kejayaan, kemuliaan, kekebalan dan lain sebagainya dan kita pergunakan jalan itu tentu akan mudah tercapai segala tujuan kita.

• Tidak ada yang sulit disisi TUHAN dan padanya tak ada kesulitan yang tak bisa di atasi.

• Kalau kita ketahui padanya ada ubat segala ubat, kalau kita pandai menjalankannya tentu akan terubat segala macam penyakit.

• Kalau kita ketahui padanya ada rezeki dan kalau kita perkembang tentu akan
mudah rezeki kita.

Dari itu jadikan lah menjadi orang segala tahu, serba tahu dan dijalannya dan pandai
menjalankannya.

Tahukah engkau bahawa engkau dikeluarkan dari tempat yang senang di datangkan dari tempat yang sesenang senangnya, yang memberi segala kesenangan?

Kenapa sewaktu engkau belum di keluarkan dari alam yang sempit lagi terbatas tidak
merasa susah, akan tetapi setelah di alam MAHA BESAR yang tak bertepi engkau
harus menderita??

Sepantasnya dikeluarkan engkau dari tempat yang senang (Rahim) di alam yang
sempit dan terbatas itu dan ditempatkan di alam MAHA LUAS yang tak bertepi, supaya
merasa lebih senang dan menuju kepada kesenangan yang kekal abadi.

Akan tetapi kejadiannya kenapa engkau susah, gelisah dan menderita?

Pada mu lah letaknya segala kesalahan itu, bukan pada orang lain. Engkau tak tahu di Diri mu dan telah lupa akan Diri mu.

Engkau telah menurutkan jalan mati, bukan jalan hidup. Kembali lah kejalan yang benar dan tinggalkanlah itu jalan yang sesat lagi menyesatkan.

Yang benar ialah Diri mu bukan badan mu, Diri mu itulah yang hidup dan pada badan mulah letaknya kematian.

Orang yang berpegang pada badannya bererti menempuh jalan mati dan yang berpegang pada dirinya bererti menempuh jalan hidup. Dirimu letaknya di dalam dan mempunyai jalan sendiri di dalam badan mu, untuk menemui jalannya hendaklah engkau bukakan pintu dari luar atau engkau tembus dari dalam. Dan ini semua di luar
kemampuan mu, kerana belum ada buku untuk itu dan di luar kemampuan manusia biasa.

Dari itu cari lah orang yang dapat mengetahuinya dan bergurulah kepadanya. Apa
katamu kalau Aku mengatakan:
“Aku sekarang telah bebas dan berada ditempat yang lebih senang dari yang senang di
bawah lindungan, dalam kandungan yang memberi segala kesenangan?

Kerana Aku telah menemui Diri ku dan telah banyak pula mengetahui Rahsianya dan
Aku pilih jalan yang sebaik baiknya. Aku hiba kasihan kepada badan ku yang
mengandungku selama ini. Aku menderita dalam kandungan, antara kebodohannya, oleh kerana tidak tahunya. Setelah Aku dapat di temuinya dan setelah Aku mengenal
dunia luar, tahulah Aku bahawa Aku hidup dalam dua alam, yaitu alamku sendiri, alam
ghaib dan alam badanku, alam nyata.

Untuk tujuan diatas apa yang perlu kita lakukan ?

Kata BBM :-

“Perbaiki keadaanmu dengan apa yang ada padamu dan perbaikilah keadaan yang di luar badan dirimu juga dengan apa yang telah ada padamu.”

Bapa menyeru kita memperbaiki ke-ADA-an kita dengan apa yang telah ada pada kita.

Apakah yang telah ada pada kita itu ?

Yang telah ada pada kita yang dimaksudkan oleh BBM ialah rahsia terahsia yang telah dipecahkan oleh BBM iaitu Rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari..

Ikutsertakan dia dalam apa saja keadaan kita.

Dia benar kerana datang dari yang Maha benar, kekasih Allah yang datang dari Maha Pengasih...

No comments:

Post a Comment

Blogroll