Sunday, 19 May 2013

TIPS HIKMAH;-FANA(BINASA)

FANA' ( BINASA )

Fana bukan satu objek, yang dapat dicari, seperti kita mencari sebuah rumah.. tetapi ia adalah satu kesadaran yang disisipkan olih Tuhan ke dalam hati hamba-hamba yang dikasihi Nya, yang telah berusaha tanpa jemu untuk menghampirkan diri kepada NYA.

Ia adalah satu rasa, yang mana tiada lain yang ada hanya DIA dan segala yang berlaku atas perbuatan NYA.

Apabila seseorang bertanya tentang diri Nya maka DIA akan menjawab dengan pelbagai jawapan, bergantung kepada tahap kefahaman orang itu,

contohnya, Dia berkata, “Aku dekat, aku lebih dekat daripada urat leher mu”,

ataupun Dia berkata,”Tiada antara, antara Aku dan engkau,”

ataupun Dia akan berkata,”Aku ini Engkau.”

Keadaan ini berlaku bergantung kepada kedudukan orang yang bertanya itu, ketika ia bertanya. Pada masa yang sama seseorang itu boleh berada pada makam Kesatuan atau makam kejamakan.

Makam kesatuan adalah adalah alam ketuhanan, di sini hanya ada DIA, dan ego seseorang itu telah lebur dalam keesaan dengan Nya, manakala makam kejamakan adalah yang mana ego seseorang itu masih belum lebur, dan ia menggangap dirinya itu ada.

Tuhan dengan hamba tidak sama. Tuhan tetap tuhan dan hamba tetap hamba. Tidak mungkin Tuhan menjadi hamba dan hamba menjadi tuhan.

Yang baru tidak sesekali bercampur dengan yang kekal, yang baru tetap binasa dan yang kekal akan tetap kekal. Yang penting di sini adalah bagaimana kita menempatkan diri kita, sama ada yang baru atau yang kekal,

tepuk dada tanya selera….INIlah YG Dikatakan ole BBM sebagai * DUDUKKAN DIRIMU DITEMPATNYA ( diMakamnya )

man arofa napsahu faqod arofa robbahu,faqod arofa robbahu fasada jasada.
(siapa tg kenal diri maka kenal lah tuhan nya,siapa yg kenal akan tuhan nya maka binasalah(fana) dirinya)

Istilah binasa atau fana itu bukanlah merujuk kepada hilang ataupun tidak ada pada pandangan akan tetapi maksud fana itu adalah hilangnya keakuan diri kita pada diri kita sendiri dan pada barang yang ada pada kita ini, cuma yang zahir pada akuan kita adalah segala-galanya dari Allah, Hak Allah dan Kepada Allah jua.

Hal ini perlulah kita mensyuhudkan didalam hati kita dengan sungguh2 agar ia memberi kesan kepada kita dan ini dapat menjauhkan kita dari syirik khofi mahupun syirik jali,

Untuk itu binasakanlah keakuanmu pada keaadaan ujudmu itu dan nyatakan keakuanmu itu bahawa dialah yg maha wujud dan maujud, buangkanlah keakuanmu itu pada keadaanmu agar kau tetap tenang jika musibah terjadi padamu.

Selagi akuanmu ada pada keadaan ujudmu itu maka amalmu itu hanyalah amalan yg rendah darjatnya dan munkin batal. Keakuan yang sebenar adalah fana akan dirimu dahulu baharulah kau tahu akan siapa yang ujud dan berkuasa memiliki apa2 yg ada ini.

Namum kita tetap ada pada badan diri ini cuma keakuan kita sahaja yang tiada pada meletakkan ianya akan diri kita. Yang tetap ada itu hanya Allah sahaja,..........
Fana perasaan kita kerana kita ini ciptaanNya dan kita ini penyataanNya yang ia menyatakan, maka kita tetap ada pada kenyataan akan tetapi tidak ada pada keakuan.

Fana diriku ini beserta nya bukan fana diriku ini tidak ujud, aku memang ujud kerana aku adalah kenyataan yang dinyatakanNya dari NurKu datang maka bila bersatu nya nur dgn nur maka hilanglah aku (nur) kerana aku telah maujud bersama nya, maka yang nyata hanya satu iaitu dia.akan tetapi adakah kita ini tiada........jawapnya ada cuma tiada pada keakuan dan itulah fana namanya.

-hilangku nyata nya tuhan
-nyataku ujudnya tuhan
-ada aku rahsia tuhan
-rahsiaku adalah tuhan
-aku adalah ketuhanan
-diriku nur ketuhanan

Fana.........(binasa)

Dan sebenar-benarnya aku ini adalah Ketuhanan yang datang dari Tuhan menjadi diri pada badan, aku adalah diri rahsiaku adalah tuhan........
.
Dialah menjadi rahsia abadi bagiku dan aku menjadi diri pada rahsia itu. Keresahan jiwa meruntung duka menanti si dia yang tak kunjung tiba, duka nestapa mengharap cahaya sinar gemerlapan dari YaEg esa, hari demi hari aku merenung mencari kepastian gelojak kemahuan membuak, yang pasti kuharapkan ada Nur Hidayah yang sudi menyuluh kesamaran malam kekalutan iman.

Badai zulmat yang bak tirai tebal membatasiku denganmu wahai kekasihku tunjukkanlah daku jalan menemuimu aku yg merindu ingin bersanding denganmu walau cuma sedetik sahaja asal kesempatan seizinmu, resah gelisah gundah gulana jiwa meronta mengharap secangkir hidayah dara seorang kekasih moga2 menjadi penyejuk tengkorokkan yang haus dahaga taufik ma'rifatmu , rintihanku padamu ini adalah tanda pengharapanku padamu, cinta agungku semai kasih sejati ku tanam moga tumbuh segar di jambangan iman dan taqwa, dengarlah rintihan hatiku ini wahai kekasihku

AKU adalah diri yang sebenar-benar diri (diri sejati) manakala DIRIKU itu adalah pancaran atau keadaan yang menunjukan akan AKU, DiriKU yang terbit dariKU itulah yang meliputi badan diri dari dalam dan ia merupakan suatu cahaya yang memancarkan rahsia rasa (ma’rifat) pada badan diri, dan apabila aku telah berdiri maka nyatalah aku pada keadaanKU,

Kini AKU berdiri pada keadaanKU iaitu keadaan ketuhanan,akan tetapi pada masa yang sama AKU adalah kehambaan kerana menerima amanah dan perintah dari Tuhan Yang Maha Agung,

Aku dan diriku umpama manis dan gula dan diriku inilah yang dapat dikatakan pada martabat kehambaanKU, melakukan sesuatu untuk sesuatu, kalau dari permulaan datangku dari tuhan aku merupakan titik (noktah)

Kini aku telah berdiri sendiri pada badanku, dan segala apa yang dapat menyatakan pada badan diri ini adalah diriku jua, adakah diri itu terasing dariku dan badanku?......jawapnya “tidak” ini kerana diri itu adalah pancaranku atau sifatku yang mana ia merujuk kepada keadaan ujudku maka darikulah ia terbit.. Oleh itu pada fahaman ilmu pengetahuanku ini ianya adalah ada 4 pecahan iaitu:

1) zatullah –tuhan yang menciptakan sesuatu dan sesuatu itu datang darinya.
2) Aku-roh atau amar rabbi(urusan tuhan) yang dibangsakan dengan ketuhanan
3) Diriku-kenyataan yang menyatakan aku
4) Badan-tempat yang menzahirkan akan keadaan diriku.

Firman tuhan………KULLI ROHI AMRI ROBBI “Katakanlah roh itu adalah urusan tuhan”
Aku kini menjadi diri pada badan menjalani kehidupan pada alamku sendiri, akan tetapi aku ini tiada apa-apa hanya Allah lah Yang Maha Kuasa dari setiap sesuatu itu,. Aku yang telah berdiri kini memikul amanah dari Allah dan menjalani sesuatu dengan sesuatu.

Padaku ada berbagai dan segalanya kerana Tuhan telah memberinya sejak dari awal lagi pada Alam Taqdir. Maka dirkulah yang memancar itulah rahsianya. Bagi mereka yang ingin mendapatkan sesuatu itu perlu melalui sesuatu jua.

Hayatullah dan Qudratullah itulah rahsiaku. Ini membawa makna yang diriku itu adalah penyataan rahsia keduanya itu. Maka aku adalah sebagai orang tengah diantara dia dan dan diri serta badan.

Aku yang berdiri bertugas menerima dan memberi yang ku terima adalah rahsia atau anugerah dari tuhan dan memberi kepada badan diriku sendiri.

Maka aku menemui kejelasan ini iaitu ( aku adalah penyata yang dinyatakan tuhan dan diriku adalahkenyataan bagiku)

Aku yang berdiri kini mengenal dan dapat merasai akan adanya Tuhan Yang Maha Kuasa dengan dalil AKU. Aku adalah diri sejati dan diriku itulah keadaanku ibarat api dan cahaya.

Diri adalah pancaranku dan ia sebenarnya terhasil dari hakikat Ketuhananku maka itulah aku menamakan aku ini orang tengah.

Ucapan Syahadah adalah suatu Rahsia Ilahi dan pada nya ada rahsia iatu......

1) pengakuan
2) pangkat
3) darjat
4) martabat

Maka ucapkanlah olehmu wahai anak2ku akan syahadah ini moga2 kau mendapat 4 perkara diatas,,,,,,,,,tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah, inilah makna bagi Kalimah Syahadah itu.

No comments:

Post a Comment

Blogroll