Sunday, 19 May 2013
TIPS HIKMAH;-APAKAH BENAR PERBUATAN KITA TELAH DIATUR, DIRANCANG DAN DITETAPKAN SEJAK AZALI ?
Segala perjalanan semut di malam gelap, perjalanan ikan ditengah lautan dalam, bergugurannya dedaun dihutan belanrara, dan merayapnya cacing dibawah tanah adalah mengikut ketetapan Allah sejak azali. Begitu juga dengan perjalanan kehidupan makhlok termasuk diri kita. Sedari lahir sampai keliang lahad, sifat perbuatan kita dan sifat kelakuan kita adalah semuanya datang dari ketentuan Allah sedari azali.
Makhlok seluruhnya tidak berupaya dan tidak berdaya melakukan sesuatu, melainkan kelakuan dan perbuatan dari daya dan upaya Allah. Yang telah ditetapkan sejak dari azali lagi. Percayalah sesungguhnya semua itu adalah datangnya dari yang maha pencipta Allah. Segala-galanya yang bergerak, segala yang berkelakuan sesyngguhnya gerak dan kelakuan yang didatangkan dari ketetapan yang telah ditetapkan Allah sejak azali. Itulah dikatakan ketetapan afa'al Allah (perbuatan Allah). Dengannya juga kita dikehendaki mengembalikan semula kepadanya,
Firman Allah :-
2.Surah Al-Baqarah (Verse 253)
تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۘ مِّنْهُم مَّن كَلَّمَ اللَّهُۖ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍۚ وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِۗ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلَ الَّذِينَ مِن بَعْدِهِم مِّن بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَلَٰكِنِ اخْتَلَفُوا فَمِنْهُم مَّنْ آمَنَ وَمِنْهُم مَّن كَفَرَۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلُوا وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ
Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Dan sekiranya Allah menghendaki
nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka
timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan;
tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.
Lagi firmanNya :-
57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 22)
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَاۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Firman Allah ;-
81.Surah At-Takwīr (Verse 29)
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
Dan tidaklah kamu berkehendak kecuali apa yang dikehendaki Allah, Tuhan yang mengatur siisi alam"
Allah telah memilih dan Allah juga telah menetapkan apa-apa yang akan berlaku dan apa-apa yang sudah berlaku. Dalam Allah membuat pemilihan dan mengatur ketetapan perjalanan hidup kita. Allah tidak bersandar kepada sesiapa dan Allah tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Allah tidak pilih kasih dalam menetapkan perbuatan hamba-hambanya. Dia menetapkan sesuatu mengikut kehendak di dalam ilmuNya sendiri tanpa dipengaruhi dan tanpa bantuan dan pertolongan dari sesiapa.
Kita sebagai makhlok manusia tidak layak dan tidak berhak untuk bertanya atau untuk menyoal bagaimana dan kenapa, terhadap ketetapan yang telah Allah tetapkan, samada perkara itu baik mahupun buruk. Kerana ketetapan yang Allah tentukan itu adalah yang paling adil dan saksama. Dari keterangan firman-firman dan hadis diatas mudah-mudahan memberi faham kepada kita bahawasanya, segala gerak dan segala kelakuan dialam ini adalah sesungguhnya datangnya dari yang maha mengetahui Allah Ta'ala belaka.
Samaada kelakyan buruk mahupun kelakyan baik. Sesungguhnya semua itu bukan kelakuan makhlok, tetapi itu adalah gerak dan kelakuan dari ketetapan Allah. Kita ini hanya sebagai wakil, hamba suruhan, kuli, yang kena perintah, yang kena suruh dan yang kena diperhambakan. Kita sebagai hamba, seharusnya patuh, taat, akur dan menurut saja apa-apa perintah dan apa-apa ketetapan Allah yang azali.
Firman Allah :-
54.Surah Al-Qamar (Verse 49)
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
Sekali pandang memang kita akan sangka bahawa perbuatan yang kita lakukan itu, adalah datangnya dari usaha dan ikhtiar dari diri kita sendiri, tetapi bagi yang berpemandangan, mereka memandang segala-galanya yang baik dan segala-gala yang buruk itu, adalah datang dari Allah Ta'ala belaka.
Firman Allah :-
4.Surah An-Nisā' (Verse 78)
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍۗ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِ اللَّهِۖ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَٰذِهِ مِنْ عِندِكَۚ قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ اللَّهِۖ فَمَالِ هَٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan
kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka
berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca)
dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?
Dari keterangan ayat-ayat di atas, segalanya telah nyata bahawa segala perbuatan dan kelakuan kita yang berlaku dialam ini, samaada baik mahupun buruk adalah datangnya dari Allah, yang telah ditetapkan, telah dirancang dan disusun atur menurut kehendak Allah sejak azali lagi. Apa-apa gerak yang berlaku di alam ini dan di atas diri kita ini adalah sesungguhnya dari kelakuan dan perbuatan Allah Ta'ala belaka.
Sesudah kita sedar, faham dan mengerti dengan nyata, maka hendaknya kita kembalikan dan serahkan semula segala perbuatan atau feel perangai yang berlaku aras diri kita dan pada sekalian alam itu, adalah datangnya dari Allah Ta'ala dan sudah selayaknya pula dikembalikannya semula kepada tuan yang empunya, yaitu kepada yang maha pencipta ( Allah Ta'ala)
Kita sebagai hamba tidak punya perbuatan, tidak punya daya-upaya, tidak punya kuasa atau kudrat, melainkan semua tingkah laku, perbuatan dan pergerakkan itu adalah daya-upaya dan kudrat serta irodat yang datangnya dari ketetapan dan ketentuan yang maha berkuasa Allah Ta'ala belaka.
57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 4)
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَاۖ وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta
apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
6.Surah Al-'An`ām (Verse 59)
وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun
dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering,
melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang
terang nyata.
"Berdo'anya kita adalah sesuatu penetapan yang telah ditetapkan oleh Allah sejak dari azali"
"berdo'a hendaklah dalam keadaan diri yang telah mati, yang berdo'a itu adalah Allah sendiri"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment