Wednesday, 22 May 2013

cucur udang kembang

Dsc00260

Bahan-bahan ( 10-15 orang )

  • tepung gandum 1 kilo (ni banyak ni, kalo nak makan sendiri sila kurangkan setiap bahan kepada setengah)
  • yis peket 11 gram --- sila buang 1 1/2 sudu teh (dari 11 gram) tersebut untuk mengelak rasa pahit
  • daun kucai --- 10 tangkai atau ikut suka (nak tambah taugeh pun boleh)
  • udang ---- anggar sendiri (nak sedap ubuh lebih, udang kertas lebih sedap)
  • pewarna kuning---dua-tiga titik aje,jangan lebih-lebih, meriah sangat kang
  • garam --- secukup rasa, boleh test lepas bancuh
  • perasa, kalau minat..kalau tak, tak payah..peniaga biasa masukkan perasa..
  • minyak yang banyak untuk menggoreng. *Dont worry*, minyak sawit *is the best* minyak masak *in the world..trust me*...tapi baik guna yang baru, jangan guna yang *recycle*
  • Air untuk membancuh

Cara-cara

  1. Campur semua bahan (kecuali udang), gaulkan, dan tuang air sedikit demi sedikit sampai adunan jadi seperti cekodok.
  2. Biar kembang dalam 45 minit hingga 1 jam. Kalau tak sampai 45 min tapi dah kembangpun boleh..takde masalah
  3. Panaskan minyak dalam kuali
  4. Ambil satu senduk melengkung kecil (senduk tomyam atau bubur bukan senduk nasi atau senduk plastik), ubuh udang dalam senduk dulu dan masukkan adunan kemudian. masukkan setengah sahaja adunan kedalam senduk itu kerana ia akan kembang, bila digoreng.
  5. Masukkan senduk dalam minyak panas tadi sampai ia masak sedikit dan tertanggal sendiri dari senduk.
  6. Tips -- kalau udang asyik tercabut je, ada kaedah lain, benamkan je separuh udang tu dalam adunan senduk tu. habis citer

No comments:

Post a Comment

Blogroll