Sunday, 19 May 2013
TIPS HIKMAH;-Apakah yang telah ada padamu itu ?
“Perbaiki keadaanmu dengan apa yang ada padamu dan perbaikilah keadaan yang di luar badan dirimu juga dengan apa yang telah ada padamu.”
Apakah yang telah ada padamu itu ?
Yang ada padamu itu ialah rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari kita.
Dan jadikanlah apa yang ada padamu itu ( rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari ) menjadi suatu amalan dengan kenyataan
Sehingga kita dapat mengatakan rasa yang mengandungi rahsia.
Titik berat dalam pengetahuan yang kami latih sehingga terlatih sampai lincah diseluruh pergerakkan kaki tangan badan keseluruhannya.
Gunakannya sewaktu bila perlu, dia automatik jalan
Ini gerak Qudratullah
Mengenal bukan memikirkannya. Ini soal mengingat.
Kita berlatih memperlancarkan jalannya. Seluruh gerak dengan pergerakkan badan diri kita keluar dan kedalam
Kenalilah dirimu sendiri, Tanya, cari sampai dapat jawapannya,
Tanya yang mana AKU ? Siapa AKU, Siapa AKU, Siapa AKU......... Siapa AKU?, Aku siapa?
Bukannya kepalaku, mataku, telingaku, badanku, suaraku.
Tetapi AKUNYA
20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
AKU = Allah ( tiada yang lain selain Allah )
Diriku = ruh = Muhammad
Badanku = jasad = Adam
Sebab bagi kita dengan cara bawaan gerak menggerakkan itu berlaku pula ayat :
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 27)
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan
Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dengan tiada hitungan hisabnya".
Selama ini memang dua keadaan, dua kejadian, tetapi satu pasif, satu aktif, ye tak?
Bahkan satu sama lain tidak kenal mengenal.
- yang didalam tak mengenal yang diluar
- yang diluar tak mengenal yang didalam
Itu maknanya waktu bergerak, tangan bergerak terus, sampai kehujung jari kaki, terus, terus, terus.
Ini ertinya yang diluar itu diajar mengenal akan badan dirinya sendiri.
Berjalanlah pada jalannya,
MANA JALANNYA ?
- Itu yang dihujung-hujung jari yang terasa
- Jalan telunjuk itulah, sebab telunjuk yang paling lurus, itu yang akan diturutkan
- ikhdinas sirotol mustakhim kata orang
Ingat saja kepadanya, Turut saja
Keluar dari garis-garis jalan pancaran ini bererti kita tergelincir pula, keluar dari garis kebenaran.
Ada pula masanya nanti bila sudah meningkat
Tempuh-tempuh ini tidak ada erti
Perubahan akan terjadi di badan diri kita
Sehingga KITA BUKAN KITA Lagi
Kalau kita bukan kita, siapa pula kita?
Itu pulalah letaknya rahsia pula dibalik rahsia.
Tapi kita bergerak dibidang rahsianya,
oleh yang maha kuasa tadi.
Gerak yang berlaku padamu ketika didalam peramalanmu itu sebenarnya adalah Gerak qudratullah ( Hakikat Gerak Allah ).
Maka padanya pula mendatangkan daya2 ghaib yang merupakan suatu tenaga serbaguna buatmu. Oleh itu perhatikanlah dan perdalamilah kajianmu dan renunganmu terhadap apa-apa yang kau telah rasakan dari gerak itu.
Gerak yang terjadi secara automatik itu berlaku apabila tumpuan dan penyerahan secara total kepada Yang Maha Esa dan ia merupakan connectting bagi si hamba dan Tuhannya.
Dalam perjalanan kita ini gerak adalah jalan bagi kita dan jalan ini adalah fungsi utama. Oleh itu jikalau kita inginkan sesuatu maka hendaknya gunakanlah kaedah gerak, kerana gerak itu adalah Kuasa Ilahi,
Tangan kanan dan kiri kita berGerak sendiri itu merupakan dalil nyata bagi kita yang membawa maksud kudrat dan iradhat tuhan, RASA yang terasa di hujung jari-jari kita itulah sebenarnya Pancaran Kudrat dan Irodhat Ilahi.
Bagi mereka2 yang minat didalam bidang perubatan atau persilatan maka sayugianya anda memahami akan keadaan nya supaya kita mendapat hasil keputusan yang memuaskan. Akan tetapi kaedah gerak ini bukannya dapat digunakan didalam satu dua bidang sahaja akan tetapi ianya dapat di gunakan didalam berbagai perkara asal kita tahu menggunakan nya.
Niat, Doa, Serah adalah isi penting didalam peramalan dan proses ini dan terlebih utama adalah Kata Kunci (password) yang perlu didahulukan.
Kemudian kita niatkan dan doakan serta serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Keiklasan jua memainkan peranan penting didalam hal ini bagi menyatakan hati dan rahsia kita tetap kepada Allah jua digantungkan.
Gerak yang terjadi dari hasil pembukaan jalan oleh guru kepada kita sebenarnya bukanlah sekadar gerak dan daya energy sahaja bahkan ia dibukakan juga akan Hijab Alam Sir (alam rahsia) Ilahiah kepada kita cuma apa yang perlu kita lakukan adalah mengamalinya, mengkaji, menghayati serta memahami akan keberadaan nya,,,,
Pada mulanya kau yang tidak mendapat gerak kini telah tergerak dengan sendiri tanpa kawalan dari mindamu. Apakah itu suatu hal yang luar biasa. Kalau kita fikir2kan dari mana gerak itu datang maka kita akan dapat mentafsirkan nya bukan?
Oleh itu ketahuilah wahai saudara2ku gerak dan hijab serta energy ghaib adalah suatu hal yang sama jadi sama datang nya, dari tuhan jua datangnya maka perbaikilah keadaan ini dengan gerak yang telah terbuka padamu.
Yang paling penting kenalilah DIRImu dan TUHANmu dahulu sebelum kau melangkah keluar alam batang tubuhmu, pastikan jalan datang dan kembalimu itu sama tempatnya dan sama jalannya,,,
Jalan badan lain dan jalan diri lain serta jalan aku lain. Akan tetapi ia kait mengait antara satu sama lain. Untuk itu sama2lah kita mencari mengkaji memahami nya mudah2an kita mendapat kejayaan didunia naupun di akhirat.
Gerak Silat atau gerak dalam perubatan bukanlah perkara pokok didalam hal ini akan tetapi permahaman tentang gerak itu yang di titik beratkan.
Wahai anak2ku
Tempahlah kejayaanmu melalui jalan gerak ini kerana aku telah dapat merasai akan nikmat darinya (gerak)
gerak kedalam bermula jalan
untuk mencari rahsia tuhan
hidup dan mati tahu bezakan
supaya selamat di hari mendatang
gerak keluar menembusi alam
untuk sempunakan alam kehidupan
saupaya selamat akan keadaan
moga mendapat rahmat tuhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment