PERJALANAN NABI S.A.W DARI MEKAH KE BAITIL MAQDIS
Nabi
Muhammad s.a.w waktu akan di Isra'kan oleh Allah S.W.T Beliau sedang
tidur di Hijir Isma'il dekat Ka'abah, bersama-sama Hamzah pamannya dan
Ja'afar bin Abi Thalib. Dalam riwayat lain dinyatakan bahawa Beliau
waktu itu sedang tidur di rumah Ummi Hani binti Abi Thalib dan waktu itu
datang Malaikat Jibril dan Mika-il dan Malaikat lainnya. Kemudian para
Malaikat itu membawa Nabi Muhammad s.a.w ke Sumur Zamzam, untuk di belah
dadanya dan dikeluarkan hatinya, lalu hatinya itu di cuci dengan air
Zamzam. Setelah bersih lalu di masukan kembali dengan di penuhi
Ilmu, Iman, hikmat dan kesabaran. Sesudah
itu baru dada Beliau di tangkupkan kembali. Walaupun pada hakikatnya
kita tahu Nabi Muhammad s.a.w, seorang yang sudah cukup sempurna
segala-galanya, Beliau seorang yang penuh mempunyai
Ilmu, kesabaran dan kuat Imannya serta
menjadi sumber ke Islaman, tetapi kerana Beliau akan melaksanakan tugas
ketempat yang luar biasa, maka di tambah dengan bermacam-macam
kesempurnaan dari Allah s.w.t. Setelah selesai Nabi Muhammad s.a.w
menjalani operasi pembersihan jiwa, yakni di isi dengan Ilmu, Iman,
Hikmat dll. Kemudian Malaikat Jibril mempersilakan Beliau menaiki
kenderaan yang telah tersedia yang di beri nama BURAQ.Selanjutnya mulailah perjalanan yang amat bersejarah. Tidak lama sampai lah Beliau di suatu negeri bernama
Taibah. Negeri Taibah ini
pada masa-masa lalu di zaman para Nabi terdahulu adalah merupakan
sumber segala ilmu pengetahuan. Akhirnya orang menyebut negeri ini
dengan nama
Madinah yang diertikan sebagai
Negeri Sumber Segala Pengetahuan. Dikota
Madinah ini Beliau bersama Jibril turun dan melakukan solat dua
raka'at. Selanjutnya Beliau meneruskan perjalanan dan sesaat sampailah
di
Syajarah Musa, di
tempat ini Beliau dan Jibril melakukan solat sunnah dua raka'at.
Selesai solat Beliau meneruskan perjalanan yang tidak lama sampailah ke
Bukit Tusina yaitu
tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu dari Allah s.w.t. Di tempat ini
Beliau turun dan melakukan solat dua raka'at. Ini memberikan pelajaran
kepada kita, bahawa apabila kita memasuki masjid, hendaklah melakukan
solat dua raka'at sebagai
solat Tahiyyatal mesjid. Perjalanan di teruskan dan sampailah ke Baitul-Lahmi, tempat kota kelahiran Nabi 'Isa a.s. Di Baitul-Lahmi inipun Beliau turun dan melakukan solat dua raka'at, kemudian perjalan diteruskan dan tidak lama sampailah ke Baitul Maqdis. Di Baitul Maqdis ternyata telah berkumpul para Nabi terdahulu, menantikan kedatangan Beliau. Di Baitul Maqdis bersolat berjama'ah dengan para Nabi terdahulu sebagai Imam solat.
- Seterusnya dalam perjalanan, Beliau menyaksikan dengan sekelompok manusia yang bercocok tanam dan seketika dapat di tuai (dipetik) hasilnya. Nabi pun merasa hairan lalu bertanya kepada Jibril?....Jibril menjawab: Mereka adalah ibarat umat tuan yang suka menginfaqkan harta bendanya untuk menegakkan kalimah Allah, mensyi'arkan keagungan Allah dan beramal solih.
- Kemudian dalam perjalanan seterusnya Beliau mencium bau yang sangat menyusuk hidung, Beliau bertanya Jibril?.... Jibril menjawab: Ini adalah bau Masyithah (Tukang gunting di istana Fir'aun) sekeluarga yang merelakan diri mereka di ceburkan ke dalam belanga yang berisi timah mendidih oleh Fir'aun lantaran keteguhan Iman mereka kepada Allah dan tidak mengakui Fir'aun sebagai Tuhan.
- Selanjutnya dalam perjalanan itu Beliau melihat segulongan manusia yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur luluh, akan tetapi sekejap kemudian kepalanya utuh kembali, lalu dihancurkan semula, demikianlah seterusnya. Nabi s.a.w lalu bertanya kepada Jibril?.. Jibril menjawab: Mereka adalah perumpamaan segulongan umat tuan yang suka melengah-lengah (mengulur-ulur) waktu solat, sampai akhirnya habis waktu yang di tentukan.
- Selanjutnya dalam perjalanan Beliau melihat orang-orang yang memakan kayu berduri serta batu panas yang membara dari neraka Jahannam. Lalu Beliaupun bertanya Jibril?..Jibril menjawab: Mereka adalah perumpamaan orang-orang yang tidak mau mengeluarkan zakatnya. Jelas mereka termasuk orang yang menganiaya diri sendiri.
- Selanjutnya dalam perjalanan Nabi s.a.w melihat segolongan manusia yang masing-masingnya menghadapi dua buah mangkok, mangkok yang satu berisi daging yang sudah dimasak dan yang satunya lagi berisi daging mentah. Akan tetapi anehnya mereka lebih suka memakan daging yang mentah. Bertanya Nabi s.a.w kepada Jibril?..Jibril menjawab: Mereka adalah gambaran diantara umat yang senang berbuat zina. Mereka sebenarnya telah mempunyai isteri yang sah, akan tetapi mereka senang melepaskan nafsu syahwatnya dengan perempuan lain yani berzina. Demikianlah pula yang perempuan melacurkan dirinya.
- Selanjutnya dalam perjalanan Nabi s.a.w menyaksikan pula ada kayu yang berduri melintang di tengah jalan. Sesiapa yang melaluinya pasti akan ditarik dan dikaitnya sehingga pakaian akan koyak. Nabi s.a.w bertanya kepada Jibril?...Dijawab oleh Jibril: Itulah suatu perumpamaan dari golongan umat yang suka membuat kekacauan dan suka duduk-duduk ditepi jalan, sehingga menggangu orang-orang yang melewati jalan itu.
- Selanjutnya Nabi s.a.w menyaksikan orang-orang yang berenang dalam sungai darah, lalu mereka di lempari dengan batu, akan tetapi kemudian batu-batu itu mereka makan. Nabi s.a.w bertanya kepada Jibril?..Dijawab oleh Jibril: Mereka perumpamaan segolongan manusia yang suka memakan riba dan duit haram.
- Tidak lama kemudian Nabi s.a.w menyaksikan seorang lelaki yang memikul beban (kayu), tetapi tidak kuat berjalan, anehnya beban itu semakin bertambah dan begitulah seterusnya sehingga orang itu kepayahan dan terseksa. Nabi s.a.w bertanya kepada Jibril?..Jawab Jibril: Dialah gambaran orang yang suka menerima amanat orang lain tetapi tidak mau menunaikan (menyampaikannya) kepada yang berhak.
- Selanjutnya dalam perjalanan itu Nabi menyaksikan orang-orang yang memotong lidah dan bibirnya dengan gunting besi, seketika itu utuh kembali, namun segera pula di gunting lagi, begitulah seterusnya, sehingga mereka merasa penderitaan yang amat berat. Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril?..Jibril menjawab: Mereka adalah perumpamaan dari golongan manusia yang suka memberi nasihat kepada orang lain untuk membuat baik, tetapi ia sendiri tidak pernah melakukan kebaikan seperti yang di nasihatkan kepada orang lain.
- Selanjutnya Nabi s.a.w menyaksikan manusia yang tengah mencakar-cakar wajahnya dan dadanya dengan kukunya sendiri yang telah berubah menjadi kuku tembaga. Nabi s.a.w bertanya kepada Jibril? Jawab Jibril: Mereka adalah perumpamaan orang-orang yang suka menceritakan keaibpan (keburukan), rahsia, kecacatan dan kejelekan orang lain, dengan membesar-besarkannya kepada orang lain.
- Selanjutnya Nabi s.a.w menyaksikan sekelompok manusia yang mempunyai bibir seperti unta, lalu disuapkan bara kedalam mulutnya. Ini adalah contoh bagi mereka yang memakan harta anak yatim dengan jalan salah.
- Selanjutnya Nabi s.a.w menyaksikan saekor lembu besar keluar dari lubang yang sangat sempit lalu ia berusaha untuk memasukinya kembali tetapi tidak berjaya. Itu adalah contoh bagi mereka yang bercakap besar dan dusta, lalu ia ingin menarik kembali percakapannya itu tetapi tidak berpeluang lagi.
- Menyaksikan sekelompok wanita yang di gantung buah dadanya sambil mereka menjerit-jerit meminta pertolongan. Ini adalah gambaran wanita yang menyusukan anak mereka hasil dari berzina dengan lelaki yang bukan suaminya.
- Menyaksikan sekelompok wanita yang di gantung rambutnya diatas api neraka sehingga mendidih otak di kepalanya. Ini adalah gambaran balasan kerana mereka tidak mahu menutup aurat di kepala dari di pandang lelaki yang bukan mahramnya.
- Menyaksikan sekelompok wanita yang digantung lidahnya diatas api neraka lalu dituangkan air panas ke dalam mulutnya. Ini adalah gambaran balasan kerana mereka selalu menyakiti hati suaminya dan bercakap dengan suara yang kasar serta tinggi.
PERJALANAN NABI S.A.W DARI MASJIDIL AQSHA KE SIDRATIL MUNTAHA
Selanjutnya
Malaikat Jibril menyediakan tangga Mi'raj yang diambil dari syurga.
tangga Mi'raj itu di perbuat daripada emas dan perak berlapis mutiara.
Melalui tangga inilah dengan berkendaraan Buraq Nabi s.a.w, bersama
Malaikat Jibril lalu naik ke langit pertama yaitu langit dunia.
Ketika
Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya:
Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah
bersamamu? Jibril a.s menjawab: Nabi Muhammad s.a.w. Jibril a.s ditanya
lagi: Adakah Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan? Jibril a.s menjawab:
Ya, Beliau telah diutuskan. Kemudian pintu langit pun dibuka, Nabi
Muhammad s.a.w bersama Jibril segera masuk ke langit pertama.
DI LANGIT PERTAMA
Di sini Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan
Nabi Adam a.s,
bapak seluruh umat manusia. Ketika Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan
Nabi Adam a.s, Beliau disambut serta Nabi Adam a.s, mendoakannya dengan
doa kebaikan. Pertemuan Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Adam a.s, di
langit pertama ini sebenarnya merupakan suatu i'tibar, apabila kita
berniat akan memulakan perkerjaan atau perjalanan, hendaklah terlebih
dahulu kita datang kepada orang tua, yakni ayah dan ibu untuk memohon
do'a restu keduanya agar perkerjaan dan perjalanan itu memperolehi
kejayaan serta mendapat keselamatan. Kemudian perjalanan di teruskan,
naiklah Nabi s.a.w bersama Jibril kelangit kedua.
DI LANGIT KEDUA
Dengan
iringan penghormatan serta sambutan yang baik dari penjaga langit
kedua, masuklah Nabi Muhammad s.a.w, bersama Jibril. Di langit yang
kedua Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan
Nabi 'Isa a.s dan Nabi Yahya a.s. Kedua
orang Nabi ini kemudian memberikan do'a restunya untuk keselamatan Nabi
Muhammad s.a.w. Kemudian naiklah Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril ke
langit yang ke tiga.
DI LANGIT KETIGA
Sebagaimana
di langit pertama dan kedua, begitu juga sampai didepan langit ketiga.
Setelah selesai terjawab semua pertanyaan, di bukalah pintunya di sertai
penghormatan oleh penjaga langit itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Di
langit yang ketiga, Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s,
yaitu seorang hamba Allah yang memperolehi kurnia kecantikan paras
wajahnya. Pertemuan antara Nabi Muhammad s.a.w, dengan Nabi Yusuf a.s,
di langit yang ketiga ini tidak ubahnya seperti pertemuan dua saudara.
Selanjutnya Nabi s.a.w bersama Jibril naik ke langit yang ke empat.
DI LANGIT KEEMPAT
Di sini Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s yang
telah memperolehi kurnia tempat yang tinggi dari Allah s.w.t. Pertemuan
ini pun tak ubahnya seperti pertemuan dua orang saudara yang telah lama
berpisah. Perjalananpun di teruskan, Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril
terus naik ke langit yang ke lima.
DI LANGIT KELIMA
Dengan
iringan penghormatan serta sambutan yang baik dari penjaga langit
kelima, masuklah Nabi Muhammad s.a.w, bersama Jibril. Di langit yang
kelima, Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s.
dengan penuh penghormatan. Pertemuan inipun tidak ubah seperti
pertemuan dua orang saudara, penuh mesra dan saling hormat. Seterusnya
Nabi s.a.w bersama Jibril naik ke langit yang ke enam.
Di
langit ke enam ini Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Musa a.s. Disini Nabi
Muhammad s.a.w menyaksikan suatu keanehan, sebab tiba-tiba saja Nabi
Musa a.s menangis tersedu-sedu. Apabila di tanyakan kepada
Beliau..Beliaupun menjawab: Kerana aku tidak mengira ada seorang Nabi
yang di utus Allah sesudahku, ummatnya akan lebih banyak yang masuk
syurga dari ummatku. Kemudian perjalanan di teruskan ke langit ketujuh.
Hadis
Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah menceritakan tentang perjalanan Israknya. Baginda
bersabda: Nabi Musa a.s berkulit sawa matang dan tinggi seperti seorang
lelaki dari Kabilah Syanu'ah. Manakala Nabi Isa a.s pula berbadan
gempal, tingginya sederhana. Selain dari itu baginda juga menceritakan
tentang Malik penjaga Neraka Jahanam dan Dajjal
DI LANGIT KE TUJUH
Di sini Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s, disaat itu Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul Ma'mur. Nabi
s.a.w di sambut dengan baik, penuh penghormatan seperti menyambut anak
sendiri. Nabi Ibrahim a.s sempat memberikan nasihat kepada Nabi Muhammad
s.a.w . sebagai berikut: Wahai Muhammad, aku nasehatkan agar engkau
menyuruh ummatmu untuk memperbanyak tanaman syurga. Nabi s.a.w bertanya:
Apa-kah yang tuan maksud dengan tanaman syurga itu?. Jawab Nabi
Ibrahima a.s. Tanaman syurga ialah ucapan : LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'ADZIIM atau ucapan SUBHAANALLAAHI WAL HAMDULILLAAHI WALAA ILAAHA ILLALLAAHU HUWALLAAHU AKBAR.
Perlu
di ketahui bahawasanya Baitul Ma'mur adalah masjid para Malaikat yang
setiap harinya tidak kurang dari 70,000 malaikat masuk kedalamnya dan
apabila telah keluar, tidaklah mereka mengulanginya lagi.
Tidak
lama kemudian Jibril menghidangkan tiga buah gelas, masing-masing
berisi arak, air susu dan madu, supaya Nabi s.a.w memilihnya manakah
yang lebih disukainya. Beliaupun memilih air susu, lalu di minumnya.
Berkatalah Jibril: Benarlah engkau ya Muhammad. Itulah lambang kesucian
engkau. Demikian malaikat Jibril mengatakan.
DI SIDRATIL MUNTAHA
Di Sidratil Muntaha ini
Nabi Muhammad s.a.w menyaksikan keindahan panorama yang tiada
bandingannya dan tidak terdapat di tempat manapun apa lagi di dunia ini.
Dalam satu kesempatan di Sidratul Mutaha, Nabi Muhammad s.a.w sempat
melihat, rupa Malaikat Jibril yang asli. Di sebut dalam satu hadis yang
di riwayat Bukhari dan Muslim bahawasanya Jibril mempunyai enam ratus
sayap. Selanjutnya Nabi Muhammad s.a.w di ajak oleh Malaikat Jibril
menyaksikan keindahan bengawan Al-Kautsar, sampai
ke depan pintu gerbang syurga kemudian Beliau masuk ke syurga, di dalam
syurga Beliau menyaksikan hal-hal yang menghairankan, yang belum pernah
Beliau saksikan sebelumnya, juga mendengar suara-suara yang belum
pernah Beliau mendengarnya, bahkan apa saja yang menjadi kehendak hati
seketika wujud. Kesemuanya itu disaksikan oleh Nabi s.a.w di dalam
syurga, bahkan Beliau sempat membaca tulisan yang terpampang di pintu
syurga sebagai berikut, yang ertinyat:
SEDEKAH MEMPEROLEH PAHALA SEPULUH KALI LIPAT DAN MENGHUTANGI MEMPEROLEHI PAHALA DELAPAN BELAS KALI LIPAT.
Bertanyalah
Nabi s.a.w kepada Jibril: Mengapakah pahala orang yang memberi hutang
lebih besar dari pada pahala orang bersedekah?. Jibril menjawab: Benar,
sebab orang yang di beri sedekah terkadang masih mempunyai persediaan
hidup, sedangkan orang yang berhutang sudah barang tentu dia sangat
memerlukan, yakni tidak mempunyai persediaan, sedangkan ia tidak sudi
berbuat meminta-minta. Untuk kesempurnaan pengetahuan Nabi s.a.w, diajak
melihat keadaan melihat neraka, di sisi Beliau meyaksikan
bermacam-macam penyiksaan dan sebagainya. setelah menyaksikan keadaan
syurga dan neraka, kemudian Nabi s.a.w meneruskan perjalanan naik ke
Sidratul Muntaha sendirian tampa ditemani oleh Malaikat Jibril, lantaran
Jibril merasa berat untuk melangkah lebih tinggi lagi. Di Sidratul
Muntaha Beliau mendengar suara goresan pena penulis, yaitu kalam yang
menulis hukum-hukum Allah di Lauhul-Mahfuzh.
Seterusnya Nabi Muhammad s.a.w diangkat naik setingkat lagi sampai ke 'Arasy
disinilah Nabi s.a.w menerima perintah solat yang wajib di laksanakan
oleh Nabi s.a.w dan segenap ummatnya sebanyak lima puluh kali sehari
semalam. Dan akhirnya hanya tinggal lima waktu sehari malam setelah
dinasihati oleh Nabi Musa a.s dan diperkenankan oleh Allah.
Juga di 'Arasy, Nabi Muhammad s.a.w, menerima beberapa khushushiyyah
yang belum pernah diberikan kepada para Nabi terdahulu. Mengenai
beberapa khushushiyyah, yang disebut antara lain sebagi berikut:
Nabi s.a.w diberi oleh Allah : Surah Al-Fatihah dan akhir Surah Al-Baqarah dari ayat AAMANAR RASUULU sampai kepada firmanNya FAN SHURNAA 'ALAL-QAUMIL KAAFIRIINA.
Allah berfirman dalam surah Al-Fatihah.
Yang
bermaksud: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai
pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya
Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang
yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang
yang sesat.
Allah
berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 285 & 286. Yang bermaksud:
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada
Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.
(Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang
lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat
(kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat
kembali". Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan
berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika
kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau
bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau
bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya
memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami,
dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Nabi s.a.w menerima Ilmu tentang:
1. Islam
|
5. Puasa Rammadhan
|
2. Hijrah
|
6. Amal Ma'ruf
|
3. Jihad
|
7. Nahyi Mungkar
|
4. Sedekah
|
8. Solat
|
Nabi Muhammad s.a.w memperolehi darjat yang tertinggi, yaitu Asma Allah di sebutkan bersamaan dengan nama Muhammad ( LAA-ILAAHA ILLALLAAHU, MUHAMMADUR-RASUULULLAAH ) di dalam azan, tasyahhud dan lain-lainnya
* Nabi Muhammad s.a.w juga menerima sebutan (gelar).... HABIBULLAH dan SAYYIDUL AWWALIINA WAL AKHIRIINA .
Setelah
Nabi Muhammad s.a.w melakukan tugas perjalanan Isra' dan Mi'raj, dengan
membawa perintah solat lima waktu sehari semalam, maka Beliau turun
sampai ke Masjidil Haram di Mekah.
Beliau datang di Mekah sebelum subuh. Keesokan harinya Beliau
menceritakan peristiwa Isra' dan Mi'raj yang dialaminya semalam kepada
Abu Jahal dan segenap kaumnya. Kaum Quraisy amat gembira mendengar
cerita Nabi s.a.w ini, kerana menjadikan bukti yang jelas, akan
kedustaan dan kepalsuan seruan Nabi Muhammad s.a.w. Cerita ini yang
menurut mereka amat berlebih-lebihan dan melampaui batas ini akan
menjadi sebab yang dapat menjauhkan orang dari Nabi Muhammad s.a.w. dan
orang yang masih ragu-ragu akan segera meninggalkan Nabi s.a.w dan tidak
akan memikirkan lagi untuk mengikui dan menerima agamanya. Dugaan kaum
Quraisy meleset, hal ini ternyata, utusan yang dikirim kaum Quraisy
kepada Abu Bakar As-Shiddiq menyampaikan pertanyaan: Abu Bakar, dapatkah
engkau mempercayai dan membenarkan Muhammad yang mengatakan ia baru
saja pergi ke Baitul Maqdis dan dari sana ia terus naik ke langgit yg ke
tujuh, lalu pada malam itu juga ia kembali ke Mekah?..Pertanyaan ini
dijawab oleh Abu Bakar dengan tegas. Kalau memang Beliau menyatakan
demikian, benarlah ia dan pun percaya.
No comments:
Post a Comment