Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam
usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari.
Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran
kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan
dehidrasi.
OREN
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C. Kajian
mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan
lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida
yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan
makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori.
IKAN
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai
tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah
sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan
peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang
membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu
anda.
SUSU
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan
kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses
pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu
setiap hari
EPAL
Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet
anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan
5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh
didapati daripada 2 biji epal.
BARLI
Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan.
KACANG HITAM
Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber.
LOBAK MERAH
Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu
pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut
yang merendahkan risikao pelbagai jenis kanser dan radang.
TEMBIKAI SUSU JINGGA ( ROCK MELON )
Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di
Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan
dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit.
BIJIRIN ( CEREAL )
CILI MERAH
kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan
mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan
untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan
dalam masakan anda.
FRUIT SMOOTHIES
Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu
dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam
buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu
mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak
HALIA
Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda. Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak.
TEH HIJAU
Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya
membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau
minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari.
BAWANG MERAH
Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam
makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda
STRAWBERRY
Kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
TEMPE
Tempe diperbuat daripada kacang soya berprotein tinggi yang membantu
proses menurunkan berat badan. Mengandungi 30% keperluan fiber yang
disarankan untuk badan.
RUMPUT LAUT
Sayuran laut ini amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kaya
dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
sumber;-
sini
No comments:
Post a Comment