Tuesday, 21 May 2013

Murtabak/ Roti canai

Image0599
Hidangan murtabak bersama kuah style Terengganu. Doh ini boleh buat kulit murtabak atau roti canai. Lepas ni tak payah lagi beli d pasar mlm. Buat sendiri boleh letak inti ikut selera.........

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • -Doh Kulit-
  • *600 g tepung gandum
  • *1 camt garam
  • *1 camt gula halus
  • 2 biji telur dipukul
  • 125 ml susu segar
  • 125-130 ml air
  • 3-4 camb minyak sapi
  • 3-4 camb minyak
  • minyak / minyak sapi untuk menggoreng
  • -Inti-
  • 2 camb minyak
  • 2 labu bawang besar (cincang halus)
  • 2 ulas bawang putih(cincang halus)
  • 400 g ayam / daging dicincang halus
  • 1-2 camb rempah kari, 1-2 camb sos tomato
  • 1-2 lada hijau dipotong kecil
  • air secukupnya, serbuk lada hitam, garam
  • 5-6 biji telur
  • -kuah murtabak-
  • 1 labu bawang besar warna merah dihiris nipis
  • 1/2 cawan cuka
  • gula dan air secukupnya ,sdkt garam, setitis pewarna merah jambu

Cara-cara

  1. -Doh-
  2. Gaul bahan* . Masuk telur, susu dan sedikit demi sedikit air sambil uli hingga jd doh.
  3. Uli doh 10 minit sehingga menjadi licin dan lembut. Jika masih keras, basahkan tangan dgn air dan uli lagi sehingga jd licin dan lembut.
  4. Bahagikan doh kepada 8 bahagian bebola. Letak dlm mangkuk & salut dgn minyak dan minyak sapi.
  5. Tutup semalaman@ 7 jam dgn tuala lembap. Seterusnya, ambil 1 doh, nipiskan dengan tangan senipis yang boleh.
  6. -Inti-
  7. Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga wangi. Masukkan daging dan rempah, gaul hingga separuh masak.
  8. Masuk sos, lada dan air scukupnya & biarkan hingga daging empuk. Tabur lserbuk lada, garam dan gula secukupnya. Gaul sebati dan sejukkan.
  9. -kuah murtabak-
  10. kacau gula dan sedikit garam dalam cuka hingga larut. Masukkan bawang dan biarkan 2jam atau lebih. Campurkan air dan setitis pewarna pink. Rasanya manis dan sedikit masam.
  11. -murtabak-
  12. Ambil secukupnya inti, campurkan dgn bawang besar dihiris, tambah telur hingga lembap dan kacau. (adun 1 kali utk 1 doh)
  13. Ambil 1 doh yang telah dinipiskan tadi. Angkat berhati-hati jgn terkoyak; letakkan atas kuali leper.
  14. Letakkan adunan inti. Tutup 4 penjuru, masakkan dgn api perlahan. Bila bawah dah keperangan, baru percikkan minyak/sapi. Balikkan dan goreng hingga masak. sumber;-sini

No comments:

Post a Comment

Blogroll