Tuesday, 21 May 2013

Resepi Roti Canai [atau murtabak/roti milo/roti telur]


Roti milo dan roti telur (roti canai takde, dah kena makan)
Bahan:
(Ku buat separuh adunan dapat 6-8 keping roti canai)
550g tepung gandum
*250g air
*1 biji telur (50g tanpa kulit)
*3 sb susu pekat manis
*1 sk garam
*1 sk @ 15g butter/marjerin
1 – 2 sb tepung gandum – untuk ditambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Bahan:
1. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam bekas, kacau sebati.
2. Masukkan tepung dalam satu bekas besar. Tuangkan campuran air tadi ke
dalam tepung.
3. Uli hingga menjadi doh.
4. Rehatkan doh selama 10 min.
5. Uli lagi selama 5 min.
6. Ulang step 4-5 sebanyak 3 kali ***Noticed lepas kali ke 3 proses menguli & rehat, doh bertambah kenyal dan tak melekit. Jadi jangan risau kalau 1st proses terasa doh melekit di tangan. Kalau rasa lembik lagi selepas uli dan rehat kali ke 2, tambah sedikit tepung dalam 1sb.
7. Disyorkan uli dengan tangan, tapi boleh pakai bread maker (program basic bread). Biarkan proses selama 1 jam 15min, selalunya doh akan lembik sikit sebab suhu bread maker. Masa mesin pause, keluarkan doh, uli kejap dengan sedikit tepung. Dan masukkan balik dalam mesin.
8. Bentukkan bulat-bulat dalam 12-16 biji, bergantung pada saiz. Sapukan dengan marjerin. Perap 3jam atau lebih.
9. Sebelum tebar, penyek-penyekkan dulu dengan tapak tangan, rehatkan 10 min. Baurlah boleh ditebar.
10. Untuk roti canai, tebarkan dan gulung macam buat swiss roll. Pastu ambil satu hujung, buat satu lilitan atau lingkaran (tengok dalam gambar). Rehatkan dulu sebelum dipenyekkan dengan tapak tangan dan digoreng. Kalau susah nak buat, lepas ditebar just lipat-lipat bentuk petak, rehatkan jap dan goreng.
11. Untuk roti milo, selepas tebar tu taburkan sedikit milo dan susu pekat. Lipatkan, alihkan ke non-stick frying pan panas yang diletak sedikit minyak masak. Nak garing renjis-renjiskan minyak masak. Kena kerap balikkan sebab roti milo mudah hangus sebab ada serbuk koko.
12. Untuk roti telur, selepas tebar tu pecahkan sebiji telur di atasnya. Buat satu lubang kecil dekat kulit telur, kocak-kocakkan biar putih dan kuning bercampur dan taburkan isi telur rata-rata atas doh. Lipat bentuk segi empat sama. Kalau ada dua orang lagi senang kalau meja dengan dapur tak bersebelahan macam kat kedai mamak. Biar satu pegang non-stick frying pan yang tengah panas dan telah diletak sedikit minyak masak, si penebar angkat doh roti telur pelan-pelan pastu letakkan atas frying pan tu. Kena hati-hati sebab mudah pecah masa angkat tu.
13. Untuk buat murtabak pun sama macam buat roti telur, cuma kena lebih pantas dan lebih hati-hati sebab intinya lebih berat. Inti macam buat ini karipap cuma ditambah telur sebiji dua, sayur kalau nak. Inti jangan terlalu pekat atau terlalu cair, biar cukup untuk salut inti kentang tu je. Dalam jangan terlampau sarat sangat letak kat atas roti yang ditebar tu, nanti susah nak angkat. Kecualilah dapur dan meja anda memang sebelah-sebelah je macam kat warung, tinggal nak campak je. Hehe..

***Kalau tak habis tebar, boleh simpan dalam peti sejuk untuk 2 hari.
***Kalau terlebih uli, doh akan kenyal dan susah nak ditebar. Bila masak roti akan terasa kenyal. Proses uli dan rehat 3 kali nak elakkan doh terlebih kenyal. Kalau kurang uli pula doh mudah terkoyak.
***Doh roti canai memang lebih keras berbanding doh roti biasa, tetapi jangan risau, selepas diperap doh akan jadi lembut.
***Untuk roti canai yang lebih garing, renjis-renjiskan minyak di atas doh semasa memasak. Lepas dah masak tu terus tepuk-tepuk dengan kedua-dua belah tangan biar roti tu crushed (macam mamak biasa buat tu).


Doh yang dah siap direhatkan (dua telah dijadikan roti canai)
Proses menebar
Makin ditebar, makin panjang dohnya
Proses menarik-narik doh selepas menebar
Taburkan milo dan susu pekat untuk buat roti milo (jangan taburkan di atas yang terkoyak tu, nanti meja tak licin lagi)
Roti milo dilipat
Masukkan inti daging dan lipat untuk buat murtabak
Murtabak dah siap (tengok tu ada telur yang terkeluar gara-gara terkoyak masa mengangkat)
sumber;-sini

No comments:

Post a Comment

Blogroll