Monday, 6 May 2013
renungan makrifat
Renungan Makrifat: Tiada lain hanya Allah. Allah Hu Ahad. Allah Hu Akhbar. Mengenal Allah itu WAJIB dan paling UTAMA. Itu yang di ajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ...... Ahad .... Ahad ... Ahad ... Ahad ... Ahad ... Ahad ... Allah Hu Ahad. Tiada lain hanya Allah. Allah itu Maha ESA. Itulah tunggak RUKUN IMAN .... mengimani dan meyakini Allah melebihi segala yang lain. Bagaimana mungkin untuk beriman dan mengimani Allah jika tidak kenal Allah ?. Bagaimana mungkin untuk berserah dan memulangkan segala nya kepada Allah walhal tak kenal Allah?. Rukun Islam tanpa Rukun Iman batal. Rukun Iman tanpa kenal Allah bukan Rukun Iman. Oleh itu mari lah kita mengenal Allah dengan memohon kepada Allah untuk Allah kenalkan Allah. Memohon kepada Allah agar kita dapat mengimani, meyakini, mengakui Allah Hu Ahad pada setiap masa pada niat, lafaz dan perbuatan. Biasakan hati kita, ingatan kita, perbuatan kita bahawa tiada lain hanya Allah. Akui, terima dan akur bahawa segalanya hanya Allah. Tiada lain hanya Allah. Allah Hu Akhbar. Allah Hu Ahad.
Perihal dakwa dan dakwi mengenai Ilmu Mengenal Allah (Ilmu Makrifat). Bagi yang belum kenal Allah itulah yang sering di dakwa dan mengaku Allah. Kenal lah Allah. Mohon lah kepada Allah untuk benar2 kenal Allah. Bukan mengenal Allah untuk jadi hebat. Bukan mengenal Allah untuk jadi malas. Bukan mengenal Allah untuk syurga. Bukan mengenal Allah untuk di sanjung. Mengenal Allah hanya Allah. Allah Hu Ahad. Allah Hu Akhbar.
Bilamana mahu mengenal Allah itu adalah apabila benar-benar mahu akan Allah dan bukan mahu kepada selain Allah. Bukannya mahukan ilmu mengenal Allah. Bukannya mahu jadi tahu dan pandai pasal makrifat. Bukannya mahu di sanjung dan di pandang warak atau alim kerana mengenal Allah. Bukannya untuk jadi hebat dan megah.
Jika masih mahu kepada "ilmu mengenal Allah" itu bukannya mahu kepada Allah, maka "ilmu mengenal Allah" itu akan jadi hijab yang amat besar. Sangkanya sudah faham dan kenal Allah kerana mampu berbicara atau menulis perihal Allah tetapi rupanya di perdaya dengan akal dan pengetahuan. Mengenal Allah itu MUDAH. Tidak perlu DALIL untuk kenal Allah. Mohon lah untuk kenal Allah maka akan terus di kabulkan. Bukannya memohon jadi bijak pandai makrifat. Bukan memohon untuk hebat makrifat. Bukan memohon untuk nampak alim dan tahu. Mohon lah Allah kenalkan Allah.
Allah itu NYATA lebih NYATA dari segala-galanya .... Mana mungkin tidak kenal .... Allah itu WUJUD se WUJUD-WUJUD nya .... Mana mungkin tidak nampak .... Jika benar kita mahu kenal Allah dan bukan mahu kepada selain Allah maka NYATALAH dan WUJUDLAH Allah pada kita. Yang menjadi hijab itu apabila bukan sungguh-sungguh mahu mengenal Allah sebaliknya ia mahu kepada selain Allah termasuklah mahukan ilmu mengenal Allah. Tiada lain hanya Allah. Allah Hu Ahad. Allah Hu Akhbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment