15 Petua Melayu Lama
JARAKKAN KELAHIRAN
Ramai orang menggunakan pil pencegah kehamilan untuk menjarakkan kelahiran anak. Namun, anda boleh menggunakan petua ini. Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ keping ragi. Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidih, kemudian ditapis lalu dicampurkan dengan sedikit garam dan air limau nipis. Minum sebulan sekali sebelum tidur.
_____________________________________________________________________________________
MADU LEBAH RAWAT BATUK
Berikan sesudu kecil madu lebah asli dan dicampur dengan tiga titik perahan air limau nipis. Bacalah selawat dan berikan minum. Insya-ALLAH batuk akan sembuh segera.
_____________________________________________________________________________________
RAHSIA AYAT SUCI AL-QURAN
Amalkan membaca surah Yasin setiap hari sepanjang tempoh kehamilan. Selain itu bacalah surah Yusof (sihat, sempurna dan cantik rupa-paras), surah Maryam (baik, soleh/solehah, beriman dan bertakwa). Surah Luqman (pintar dan bijak) dan surah Taubah (untuk pengampunan diri sendiri).
_____________________________________________________________________________________
SENAK PERUT
Jika anda berhadapan dengan masalah senak perut dan selalu sendawa angin, petuanya ialah rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja) bersama dua ulas bawang putih dan tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali. Mudah-mudahan anda cepat sembuh.
_____________________________________________________________________________________
KURANGKAN DENGKUR
Bagi anda yang ada masalah tidur berdengkur, ambil 7 biji badam dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
_____________________________________________________________________________________
HILANGKAN PARUT
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata campuran tadi ke bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Parut akan beransur hilang.
_____________________________________________________________________________________
SEGARKAN MATA
Jika mata anda letih, ambil sebiji timun dan hiris nipis. Kemudian, pejamkan mata dan lekapkan dengan timun tersebut. Biarkan untuk beberapa minit. Mata anda pasti akan rasa segar selepas itu.
_____________________________________________________________________________________
DAUN SALAD
Daun salad dikatakan boleh menenangkan dan melapangkan fikiran. Jadi, jika anda ingin sentiasa rasa tenang, makanlah daun salad selalu. Daun ini juga mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.
_____________________________________________________________________________________
MUDAH BERSALIN
Amalkan makan buah kurma setiap hari sepanjang hamil dan selepas melahirkan. Selain membantu memudahkan proses melahirkan dan mengecutkan rahim, buah kurma dapat menambah tenaga
_____________________________________________________________________________________
MANJAKANI KECUTKAN RAHIM
Rendam manjakani dalam air panas selama beberapa mini. Setelah lembut, tumbuk halus dan gentel hingga menjadi sebesar kacang lalu ditelan. Amalkan pagi dan petang,. Insya-ALLAH rahim dan anggota dalaman anda akan cepat pulih jika diamalkan memakan manjakani ini selepas bersalin.
_____________________________________________________________________________________
MAHU HILANGKAN LETIH
Jika anda sering berasa letih, bancuhlah madu dengan segelas air suam. Biarkan semalam. Keesokan harinya barulah diminum, Insya-ALLAH anda tidak akan berasa letih lagi.
_____________________________________________________________________________________
BADAN TERLALU KURUS
Jika anda menghadapi masalah badan terlalu kurus dan ingin menjadi tegap dan sihat, amalkan petua ini setiap hari. Semasa anda masak nasi, ambil segelas air nasi yang sedang menggelegak dan campurkan dengan sedikit gula. Amalkan minum pada setiap hari.
____________________________________________________________________________________
PUTING SUSU BERSIH
Gunakan garam untuk menghilangkan kesan susu basi pada puting susu botol. Ambil sesudu garam dan gosokkan pada puting susu. Kemudian bilas dengan air. Puting akan bersih dan bau busuk pun hilang
_____________________________________________________________________________________
SAKIT MULUT
Sekiranya anak anda mengalami sakit mulut. Cubalah rawat dengan santan. Mula-mula masak santan daripada sebiji kelapa dengan satu cawan air. Setelah santan hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih. Angkat, sejukkan dan sapu dalam mulut anak anda
No comments:
Post a Comment