Limau
nipis sememangnya sudah terkenal dengan khasiatnya terhadap rawatan
kecantikan kulit . Ia juga sering digunakan sebagai bahan asas untuk
produk-produk kecantikan yang berada dipasaran. Antara khasiat limau
nipis terhadap kecantikan kulit adalah…………
(1)
Menyingkirkan sel kulit mati – Apabila anda menggosokkan kulit
denganmenggunakan limau nipis, iasebenarnya dapat membantu untuk
menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.
(2) Mengurangkan kedutan – Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.
(3)
Melembapkan kulit -Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering ,
cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya
mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.
(4)
Menghilangkan masalah kelemumur – Limau nipis bukan sahaja baik untuk
kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala
anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan
masalah kelemumur.
(5)
Menyegarkan lagi kesihatan kuku – Sekiranya kuku anda direndam didalam
jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku
anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis
juga dapat membantu untuk rawatan kuku seperti masalah cekam dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment