Bertafakur
mengingatiNya akan membuatkan sufi sentiasa hadir bersamaNya dalam
kehidupan seharian, kerana apabila disebut namaNya maka hadirlah Dia.
Tapi malangnya bagi yang lupa mengingatiNya, Dia akan terselubung dan
terlupakan dalam kehidupan, yang kelihatan hanyalah makhluk dan alam
semesta.
Hanya dengan menutup mata dan masuk ke dalam qalbu, dan mengabaikan makhluk dan alam semesta barulah sufi dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepadaNya.
Inilah yang dikatakan tafakur, tafakur sesaat yang sampai kepada dzat
(cinta) itu lebih baik daripada tujuh puluh ribu tahun amalan sunat.
Semasa tafakur sufi dapat mengosongkan fikiran, dan dengan itu sufi dapat merasakan Hakikat Ketuhanan.
Bagi sufi yang sempurna tafakurnya mereka akan dapat merasakan
kelazatan yang tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran dan tidak dapat
hendak diceritakan, kenapa tidak dapat diceritakan, kerana tiada
perkataan yang dapat menggambarkan suasana yang hendak dikatakan.
Suatu kelazatan yang diketahui atau dinikmati oleh yang merasanya sahaja.
INGAT,, Kebahagiaan tidak akan dapat ditemui oleh akal fikiran, fikiran
adalah penghalang yang memisahan sufi daripada kebahagiaan ruhani. Oleh
itu semasa tafakur amat penting fikiran tidak lagi bergerak dan juga
hati mestilah hanya dipenuhi oleh Tuhan semesta alam.
Fikiran
berfungsi kerana adanya dualiti contohnya siang dan malam, susah dan
senang dan sebagainya. Tetapi Kebenaran tidak ada dualiti ia adalah
kesatuan keadaan, contohnya tiada susah dan tiada senang, tiada tua dan
tiada muda.
Ini bermakna yang mengetahui dan pengetahuan itu
adalah satu, yang melihat dan yang dilihat adalah satu, pencinta dan
kekasih adalah satu, dan sebagainya.
Jadi tafakur adalah
bertujuan untuk menghantar sufi dari dualiti kepada uniti (di dalam
qalbu), contohnya pencinta dan yang dicintai menjadi satu.
Tafakur sebenarnya adalah milik yang sangat berharga bagi para sufi yang
dapat membantunya dalam pencariannya kepada kekasih sejatinya.
Satu cara sufi dalam bertafakur adalah dengan menggunakan tenaga cinta
Ilahi yang mendalam untuk membendung akal fikiran.Cinta adalah dzat dari
Hakikat Ilahi, dan adalah kekuatan yang paling nyata bagi seseorang
sufi. Berasal dari dimensi Diri Yang Maha Tinggi, cinta memiliki getaran
yang lebih cepat daripada fikiran dan memiliki kemampuan untuk
mengatasi fikiran.
Bagi sufi inilah apa yang dikatakan jatuh
cinta, kerana apabila cinta datang alasan pun menghilang, fikiran tidak
lagi berfungsi kerana kekuatan cinta mengatasi yang lainya.
Dengan perkataan lain, tafakur adalah amalan yang menenggelamkan fikiran dan emosi sufi dalam samudera cinta yang tak terbatas.
Untuk melakukan tafakur qalbu, asalkan tubuh relaks kedudukan jasad tidak begitu penting boleh duduk ataupun berbaring.
Yang penting dalam tafakur ini adalah membangkitkan rasa cinta iaitu
dengan mengingati Allah, segala fikiran dan emosi yang datang selepas
itu haruslah ditenggelamkan dalam cinta itu, dan akhirnya fikiran akan
menjadi kosong atau tidak bergerak lagi. Setelah fikiran dan hati
menjadi kosong barulah sufi dapat mendengarkanNya, sebagaimana yang
dialami Nabi Musa di Lembah Suci Tuwa.
Dan ingatlah,, ketika
sufi tiada Dia akan ada Dalam Sufi, bila sufi bebas dari diri sendiri,
Dia akan menunjukkan Keindahannya kepada Sufi.
Dengan mengosongkan fikiran, sufi menciptakan ruang batin di mana sufi dapat menjadi sadar akan kehadiran Sang Kekasih.
Dia selalu di sini tetapi fikiran, emosi, dan dunia luar menghalang
sufi daripadaNya. Dia adalah diam yang kosong, dan untuk mengalamiNya
sufi perlu untuk menjadi diam yang kosong pula.
Dalam tafakur
sufi memulangkan dirinya kembali kepada-Nya, dari dunia pelbagai bentuk
ke dalam “dunia lautan nan esa” yang tak terbatas.
MERTABAT TAFAKUR
Allah Tuhanku BerFirman :-
Bagindaku Rasullullah Menyampaikan :-
Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah setahun
Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah 70 tahun, daripada ibadah seribu tahun
Qutubku Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani didalam SIRRUR ASRAR menghuraikan :-
Maksudnya manusia yang berfikir dalam masalah masalah “ Furu “ ( cabang
) , maka nilai tafakurnya lebih besar daripada ibadah setahun. Berfikir
untuk mengetahui hal hal yang diwajibkan oleh Allah dalam ibadah dan
berfikir tentang aturan aturan ibadah wajib, maka nilai tafakurnya lebih
besar daripada ibadah 70 tahun.
Dan berfikir tentang MAKRIFAT kepada Allah, maka nilai Tafakurnya lebih besar daripada beribadah seribu tahun.
Jadi kenapakah Aku tidak mengambil berat akan Firman Allah Tuhanku, Sabda Baginda Rasulku dan penjelasan Qutubku ?
Aku telah sedar dan kini mengambil berat tetapi bagaimanakah caranya Aku harus bertafakur ? Guruku menjelaskan :-
a. Matikan segala gerak anggota luaranmu – maksudnya duduk diam jangan bergerak – gerak.
b. Matikan otakmu – maksudnya jangan fikir apa apa pun.
c. Tundukkan kepalamu, tarik nafas kedalam dengan sepanjang-panjangnya –
tahan nafas itu selama mungkin dan ingatlah Allah Tuhan yang meliputi
dirimu diluar dan didalam tubuhmu dengan menyebut Nama NamaNya didalam
hatimu – apapun NamaNya yang terlintas dihatimu. Lakukanlah
berulang-ulang kali kata guruku
No comments:
Post a Comment