Sunday, 19 May 2013

TIPS HIKMAH: Siapa A K U ?


Banyak sudah orang mencari aku dan tak banyak orang dapat menemui aku. Kenapa
begitu? Apa sebabnya? Dan apa perlunya aku dicari?
Bermacam-macam sebab musabab orang mencari aku dan bermacam-macam pula
cara orang berjalan mencari aku.
Dikatakan jauh aku dekat, dikatakan dekat aku jauh. Di mana tempatku? Tempatku
ialah padamu jua. Di mana? Carilah. Bagaimana cara mencarinya.
Ketahuilah olehmu bahawa aku yang dicari, telah berada bersertamu. Hanya engku
yang tidak mengetahui aku.
Aku bukan engkau yang seperti engkau juga. Engkau pun bukan seperti aku. Adalah
engkau teman hidupku. Engkau adalah rumahku, tempatku diam dan aku berada di
dalamnya.
Aku adalah pelita dalam rumahku sendiri. Aku si Terang menerangi si Gelap.
Kalau aku pergi maka rumahku tak ada erti. Ertinya mati. Maka adalah aku hidup.
Hidupku bagimu terbatas. Batasnya bukan aku yang menetapkan. Yang
menentukanNya Tuhan. Tuhan itu Allah. Allah Pengasih lagi Penyayang. Dia
memerintah seluruh alam.
“Dimasukkannya malam kepada siang dan siang kepada malam, didatangkannya yang
hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup. Diberinya rezeki bagi orang yang
dikehendakinya dengan tak terhitung banyaknya.”
Apa ertinya itu bagimu dan apa pula bagiku? Bagiku adalah ertinya itu untukmu.
Supaya kamu dalami dan halusi hikmah yang terkandung dalam firman Tuhan itu.
Firman Tuhan itu teruntuk bukan untuk orang tertentu, melainkan untuk semua orang,
semua manusia. Rezekii yang tak terhitung banyaknya akan diberikannya kepada yang
dikehendakinya. Yang diKehendakiNya ialah orang yang tahu padanya, yang mengerti
padanya, yang tahu rahsianya, yang pandai membawakannya, Yang dikasihinya.
Aku adalah ibarat burung dalam sangkar. Dari tempatku aku hanya dapat melihat, dapat mengetahui apa yang akan mendatang dan tak dapat berbuat apa-apa, kerana mata lepas badan terkurung. Apa dayaku? Aku tak kuasa. Kekuasaanku di dalam sahaja.
Apa sebab? Sebab sangkar tak kenal akan burung. Bagaimana sangkar akan mengenal burung sedangkan dia barang mati. Mungkinkah
yang mati dapat mengenal yang hidup? Tidak mungkin. Akan tetapi yang hidup dapat
mengenal yang mati. Ini tak dapat dimungkiri.
Akan tetapi aku bukan burung. Lebih dari itu. Burung berupa dan bertampan, aku
tidak. Tetapi aku ada. Ada dalam sebutan, tak ada pada kenyataan. Aku datang dan
aku akan pergi. Aku datang bersamaan dengan kedatanganmu dan aku akan pergi,
kembali ke-tempat-ku. Ke mana? Ke S A N A. Ke Hadirat Tuhanku.
Dan di saat itu engkau akan kutinggalkan. Dan berpisahlah aku dengan engkau. Aku
membali ke asal dan engkau dikembalikan pula ke asalmu, iaitu ke tanah.
Aku terkandung di dalammu dan engkaulah yang mengandung aku. Engkau dikandung
sebelum dilahirkan, maka setelah lahir engkau pula yang mengandung.
Yang mengandungmu ibu dan yang kau kandung adalah “aku”. Sewaktu engkau dalam
kandungan tempatmu ialah di rahim ibu. Rahim ertinya sayang. Dari tempat
kesayanganlah keluarmu. Dari itu makanya tidak ada seorang ibu yang tak sayang
pada anaknya.
Dan aku di mana letaknya padamu? Letaknya ialah di tempatnya. Di mana
tempatnya? Tempatnya ialah padamu. Di rahim mu? Tidak, kerana kalau aku di
rahimmu tempatku, tentu satu saat engkau akan melahirkan pula seperti engkau
melahirkan ibu. Mustahil, tak biasa jadi dan tiak akan terjadi itu.
Jadi tempatku adalah padamu. Aku ada tetapi tidak ada. Ada dalam nama tak ada
dalam benda. Dari itu carilah aku padamu.
Aku nyawamu, pergantunganmu, tetapi tak bertali. Engkau badanku tetapi tak
tergantung. Aku tergantung, tetapi tidak bertali maka adalah yang tergantung tiada
bertali dan bertali tiada tergantung, aku juga. Tempatnya juga di dalam.
Aku yang tergantung tiada bertali dengan “dia” yang bertali tiada bergantung, menjadi
aku juga yang berdiri dengan sendirinya.
Di luar dari badan diriku adalah engkau yang mengandung air api – angina dan tanah.
Aku yang tidak nyata dengannya yang nyata menjadikan saya bernyawa berbatang
tubuh.
Yang tak nyata padaku sangat berguna bagi kenyataanmu. Bila satu sama lain
berpisah atau dipisahkan, maka tak adalah artinya dunia ini bagiku lagi. Dia
memerlukan aku, bahkan aku sangat penting artinya baginya. Setelah aku berada besertanya, bagaimana aku? Mungkinkah aku memerlukannya
pula? Apa artinya kehadiran nya bagiku? Dan apa pula artinya kehadiranku baginya?
Dia yang di luar selama ini harus bekerja dengan keras membanting tulang untuk
memenuhi keperluan hidup, tanpa menghiraukan dirinya sendiri.
Aku yang di dalam semenjak dapat mengenalnya merana dan menderita melihat cara
dia bekerja yang harus membanting tulang untuk dapat memenuhi keperluan hidup.
Aku besertanya merasa bahagia, kerana dia teman hidupku. Dan dia beserta aku
menjadi hidup, kerana aku memberi kehidupan baginya.
Aku dapat merasakan keinginan-keinginannya dan cita-citanya yang tinggi. Aku
kasihan padanya, kesanggupannya untuk mencapai maksudnya itu tidak ada. Aku
dapat menolongnya, akan tetapi “dia” belum mengenal 'aku' yang sebenarnya.
Aku di alam dunia ini sangat memerlukannya, kerana dengan Nya, aku dapat melihat
dunia yang indah lagi molek ini. Dengannya aku akan dapat mengecap nikmat hidup,
Kebahagiaan, dan terus-terang aku katakan padanyalah terletak duniaku. Sayang dia
belum kenal betul padaku, sedangkan kehidupanku dengannya terbatas.
Kehadirannya padaku dan kehadiranku padanya mendatangkan kehidupan baru bagi
kami berdua. Alam luas, dunia luas terbentang di hadapan kami, seolah-olah berkata
selamat datang kepada kami dengan memperlihatkan segala keindahannya, isinya
yang menarik, rumputnya yang menghijau sawahnya yang menguning dan lain
sebagainya. Mungkinkah bayangan harapan itu dapat membahagiakan badan diri
kami? Dia telah berpengalaman, pengalaman yang penuh dengan penderitaan dan
pengorbanan, oleh kerana terlampau percaya kepada yang ada, kepada yang lahir atau kenyataan.
Aku lebih berpengalaman dari dia lagi, aku telah ada sebelum dia diadakan.
Pengalamannya bagiku belum seberapa, walaupun katanya sudah pahit betul. Kataku
apa yang dialaminya itu belum seberapa. Aku sudah pernah dimatikan, bahkan sudah
dua kali, belum termasuk rencana orang yang tak senang padaku hendak mematikan
aku secara halus. Dan tingkatan pengalamannya baru sampai di hampir mati dan tidak jadi mati.
Kataku bagaimana dia mati, sedangkan aku berada besertanya. Semenjak aku dapat
mengenalnya, maka langsung aku bawa dia berjalan pada jalanku. Aku tunjukkan dia
jalan, aku beritahu dan datangkan padanya rasa, sehingga dia yang semula tidak
merasa apa-apa setelah menerima dan mendapat rasa dariku, dapat pula merasakan, apa yang telah kurasakan.

No comments:

Post a Comment

Blogroll