Biskut yang disimpan di dalam bekas kadangkala mudah lemau. Bagi
mengelakkannya , sebelum menyimpan biskut, taburkan sedikit gula pasir
ke dalam bekas berkenaan. Kemudian barulah masukkan biskut dan tutup
ketat.
Sup ayam mahupun daging ada kalanya menjadi terlalu cair. Bagi
memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang telah dilecek ke
dalam sup. Biarkan seketika sehingga sup menjadi pekat.
Sebelum memasak telur ikan, basuh dan rendamkan di dalam air kapur
selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan rebus seketika
sebelum dimasak. Hasilnya telur ikan tidak mudah hancur.
Bagi mengurangkan lalat hinggap pada
makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang
dan cengkih didalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.
Ayam Goreng Lebih Rangup
Agar ayam goreng yang digoreng lebih rangup, gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Kemudian salutkan sedikit tepung sagu pada ayam tersebut dan kemudian goreng ayam seperti biasa. Cara ini juga menjadikan ayam goreng lebih enak.
Pernah sekali kami ter"kantoi" dalam cubaan utk membawa tempoyak ke
luar negara. Kebetulan pegawai yg bertugas di kaunter check in
memberitahu "lain kali puan bekukan dahulu tempoyak didalam peti ais sebelum memasukkannya ke dalam beg".
Sejak dari itu setiap kali balik ke Malaysia, pasti ada stok tempoyak
untuk dibawa pulang, akan tetapi hendaklah dipastikan masa tidak terlalu
lama sebelum tiba ke kaunter check in. Kalau tidak tempoyak cair dan
berbaulah semula.
Bagi mengelakkan beras berbau hapak dan rosak, masukkan segenggam
atau secukupnya cili kering yang sudah dipanaskan di dalam kuali tanpa
minyak ke dalam bekas simpanan beras. Tutup rapat.
Bagi menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan air tawar, ambil
beberapa helai daun jambu batu. Gaul dan ramaskan daun tersebut bersama
air dan gaulkan dgn ikan. Kemudian cuci ikan dengan air bersih.
Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit
kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit. setelah air itu
panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.
Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya.
Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda
menggunakannya kembali.
Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang. Tak perlu dicuci.
Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk ke dalam plastik. Simpan
dalam peti dinginbeku.
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.
Untuk mengelakkan ikan atau
ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak
itu hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau
ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan
ikan.
Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh
membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh
subur.
Untuk mengelakkan tulang sebelum ikan dipotong, pegang bahagian ekor
dan kepala ikan.Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini
memudahkan kita memakan isinya.
Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi
jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.
Telur hendaklah cukup direbus iaitu
sekurang-kurangnya 30minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga
sejuk. Kopeklah seperti biasa.
Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan
seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan
air biasa.
Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering.Kemudian barulah disimpan.
No comments:
Post a Comment