Sunday 19 May 2013

TIPS HIKMAH;-CARA MELIHAT ALLAH MELALUI MATA HATI



Kaedah melhat makhlok supaya ianya terpandang Allah hebdaklah melalui mata hati. Setelah melihat melalui mata hati, barulah sifat makhlok yang kita lihat itu tidak lagi terpandang makhlok. Makhlok itu hanya sekadar sifat, jika makhlok itu hanya sekadar sifat, kembalikan sifat itu kepada Allah, maka hilanglah sifat makhlok.

Cuba alihkan pula pandangan mata kita bagi melihat langit, sesungguhnya langit yang kita pandang itu hanya sifat, segala yang bersifat itu, sudah pasti hendaklah dikembalikan semula kepada tuan yang empunya sifat ( iaitu Allah ) setelah segala yang bersifat telah dikembalikan kepada tuan yang empunya sifat. Maka leburlah sifat makhlok, setelah lebur sifat makhlok yang terpandang, yang terlihat, dan yang tertilik itu, tifak lsin, tidak bukan itulah Allah.

Inilah yang dikatakan kaedah melihat cahaya diatas cahaya dan melihat cahaya didalam cahaya. Selagi kita masih terpandang sifat makhlok sebagai makhlok. Sifat langit sebagai langit, sifat tumbuh-tumbuhan sebagai tumbuh-tumbuhan atau sifat binatang masih lagi bersifat sebagai binatang.:

Itilah tandanya kita masih dalam keadaan buta, buta kerana masih tidak dapat menzahirkan Allah pada pandangan. Iaitu masih belum dapat membezakan antara yang baharu (muhadas) dengan yang khodim melalui pandangan. Tandanya belum lagi sampi kepada tahap mengenal antara muhadas (baharu) dengan qadim (sedia). Sekiranya masih tidak dapat untuk membezakan antara muhadas dengan yang qodim, maka itulah tandanya kita masih jauh dari makrifat kepada Allah Ta'ala.

Mereka yang dapat menzahirkan wajah Allah melalui apa yang dipandang, maka dengan sendirinya akan terkubur, terpadam, dan terbakar hanguslah sifat makhlok. Setelah sifat makhlok terbakar hangus dan terpadam, maka yang terzahir dan yang terkelihatan itu, adalah wajah Allah. Ini adalah jalan, cara atau kaedahnya orang-orang makrifat dalam memandang Allah Ta'ala.

Mana langit, mana bulan, mana awan, mana bintang, mana matahari dan mana tingginya langit. Bulan bukan lagi bersifat bulan tetapi bulan itu, adalah wajah Allah, bintang itu, bukan lagi bintang tetapi bintang itu, adalah wajah Allah. Matahari bukan lagi bersifat matahari tetapi sebenarnya sifat matahari itu, adalah wajah Allah. Langit itu bukan lagi berwajah langit, sesubgguhnya langit itu adalah wajah Allah. Setelah segalanya berwajah Allah dan tidak lagi bersifat makhlok, maka apa yang terlihat dan terpandang itu, itulah Allah.

Selagi ada sifat makhlok, maka selagi itulah wajah Allah tidak ajan terzahur melalui pandangan. Buang, bungkus, dan mikrajkan segala sifat makhlok, kemudian campakkan nama, sifat. Afa'al dan zat makhlok itu kedalam telaga wajah Allah. Kubur, kambus, tanam, tutup dan kafankanlah sifat makhlok yang bersifat itu, agar kelihatan mati, fana', baqo', agar kelihatan kelam, gelap, malap dan hilang dari pandangan mata zahir. Kemudian timbulkan semula, terangkan semula, bukakanlah semula bungkusan itu tadi kedalam wajah Allah. Setelah cahaya wajah Allah telah dapat menerangi alam, mska kenyataan yang lain itu, dengan sendirinya akan tersilau dan tidak lagi akan terpandang oleh pandangan mata.

Yang gelap itu alsm dan yang terang itu Allah, yang mati itu alam, yang hidup itu Allah. Yang tertimbus, tertanam itu alam, dan yang terbuka itu Allah. Yang kabur dan yang tak nyata itu makhlok (alam) manakala yang jelas dan tang nyata itu Allah. Allah itu bersifat jelas, jika Allah bersifat jelas, bermakna makhlok itu bersifat gelap (bersifat tidak jelas dan tidak terang ). Jika makhlok / alam bersifat gelap dan kabur, kenapa kita masih terpandang makhlok dan tidak terpandang Allah ? Jika makhlok bersifat tertanam, tertimbus dan terkubur, kenapa kita masih terlihat dan terpandang makhlok, tidak terpandang Allah ?

Pandanglah sifat yang terang, lihatlah sifat yang zahir dan tiliklah sifat yang nyata. Sesungguhnya yang terlihat, terzahir, dan yang ternyata itu, itulah sebenar Allah, maka pandanglah dan lihatlah Allah, buat apa nak pandang yang gelap, yang hilang dan yang terkubur. Sedangkan yang tak malap dan yang tak kabur itu, adalah didepan mata, kenapa tak lihat?

Tiliklah perkara yang sedia terzahir pada diri dan pada alam sekeliling, itulah wahajnya, bagi mereka-mereka yang mengenal Allah, pasti alam ini akan menjadi hancur, lebur, hangus, mati, fana', hilang dan binasa dalam pandangan hatinya. Maksud lebur itu bukan bererti ianya benar-benar hilang pada pandangan alam!

Sesungguhnya mata zahir masih tetap terpandang sifat makhlok, namun mata hati tetap terpabdang dan terlihat Allah melaluinya, kerana Allah itu bersifat nyata, terang, zahir dan meliputi sekalian alam. Seumpama kita ada sifat tangan, manakala ilmu kuat, ilmu pandai, dan ilmu gagah yang ada pada tangan itu adalah hak Allah. Sekiranya hak kepunyaan Allah, kenapa ianya tidak dikembalikannya semula kepada Allah? Yang kuat, yang pandai dan yang gagah itu Allah. Setelah segala kuat, gagah, pandai dan segala yang berkuasa itu Allah, mana letaknya diri kita ?
Mana kita ............?

Kita itu sebenarnya bersifat tidak ada. Yakin dan percayalah, yang diri kita ini tidak ada dan tidak ujud. Sifat anggota tangan kita tetap ada, ianya tetap melekat pada badan kita. Yang hendak dibinasa atau yang hendak dikembalikan itu, adalah sifat ilmu. Iaitu ilmu yang ada pada tangan. Lebur dan binasa itu, hanya pada ilmunya. Bukan pada sifat zahirnya, tetapi bagi mereka-mereka yang benar-benar mengenal ilmu makrifat, maksud lebur dan binasa itu, adalah termasuk segala sifat itu sendiri (termasuk anggita zahir)

Lebur atau binasa pada mereka yang mengenal makrifat itu, bukan sahaja pada ilmu yang ada pada tangan, tetapi termasuk juga keseluruhan sifat anggota tangan itu sendiri!

Bagi yang rendah makrifatnya mereka beranggapan bahawa yang hendak dilebur, dibinasa, diserah dan yang hendak dikembalikan itu, hanya sekadar sifat makhlok alam sahaja. Sedangkan bagi yang benar-benar makrifat kepada Allah, maksud lebur itu adalah bermaksud lebur dan binasa selain dari Allah ( termasuk diri sendiri )

No comments:

Post a Comment

Blogroll