Tuesday 28 May 2013

Saintis Para Nabi dan Rasul


sains para nabi, pengasas sains, kurniaan Allah, senarai, kategori, bahagian, nabi, rasulullah, kitab al-quran, sejarah, wujud, ilmu, faakta, petunjuk, nabi adam, nabi syith, nabi idris, nabi nuh, nabi hud, nabi salleh, nabi ibrahim, nabi sulaiman, nabi isa, nabi muhammad s.a.wBagaimana ilmu sains boleh wujud di dunia ini? Siapakah pelopor kewujudan ilmu ini? Hari ini admin akan menceritakan sedikit fakta mengenai Nabi-nabi yang memiliki ilmu sains hasil petunjuk yang di turunkan oleh Allah S.W.T. Teruskan membaca di bawah.

Sains Nabi Adam

    Bapa pelopor dan perintis ilmu sains.
    Menurut Ibnu Kathir, Allah S.W.T mengajar Nabi Adam melalui malaikat Jibril kaedah menanam pokok dan membuat besi.
    Nabi Adam mempunyai ilmu yang lengkap merangkumi pengiraan, kemahiran, keimanan, dan keduniaan.
    Nabi Adam mahir dalam pelbagai bahasa yang kemudiannya tersebar ke seluruh dunia.

Sains Nabi Syith

    Baginda merupakan anak kepada Nabi Adam. Oleh itu ilmu sains Nabi Adam telah diwarisi oleh nabi Syith.
    Baginda pakar dalam bidang perubatan.
    Baginda juga pelopor kepada ilmu astrinomi yang kemudiannya diwarisi oleh ilmuan Mesir, Yunani, dan Babylon.

Sains Nabi Idris

    Baginda pakar dalam bidang astronomi, perubatan, matematik, dan teknologi bangunan.
    Beliau juga merupakan manusia pertama yang menulis menggunakan pen untuk menulis.
    Nabi Idris terkenal sebagai Nabi yang pandai membaca dan menulis, menggunting dan menjahit pakaian dari kulit binatang.
    Menurut Ibnu Kathir, Nabi Idris adalah orang pertama memakai baju yang berjahit dan menggunakan kulit binatang sebagai pakaian.

Sains Nabi Nuh

    Nabi Nuh memiliki ilmu fizik dan matematik yang tinggi.
    Nabi Nuh memiliki ilmu pelayaran dan merupakan nakhoda yang cekap.
    Beliau juga memiliki kemahiran dan teknologi membuat kapal.
    Baginda memiliki ilmu sains bahan iaitu sains kayu dan logam besi.
    Nabi Nuh memiliki ilmu tumbuh-tumbuhan dan pertanian.
    Nabi Nuh memiliki ilmu teknologi pemprosesan kayu dan logam.
    Segala ilmu yang dimiliki oleh baginda adalah daripda wahyu Allah S.W.T

Sains Nabi Hud dan Salleh

    Nabi Hud dan Salleh pakar dalam teknologi bangunan.

Sains Nabi Ibrahim

    Nabi Ibrahim pakar dalam bidang astronomi.

Sains Nabi Sulaiman

    Baginda mahir dalam bahasa haiwan dan binatang.
    Nabi Sulaiman dikurniakan ilmu mengenai tembaga.

Sains Nabi Isa

    Nabi Isa pakar dalam ilmu perubatan.

Sains Nabi Muhammad S.A.W

    Baginda memiliki semua ilmu sains. Hal ini kerana Nabi Muhammad S.A.W dianugerahkan sebuah kitab Al-Quran yang terkandung sumber segala ilmu pengetahuan.
    Terdapat 6666 petunjuk di dalam Al-Quran dan daripada jumlah tersebut lebih daripada 1000 petunjuk berkaitan dengan ilmu sains.
    Nabi Muhammad S.A.W juga pakar dalam bidang geologi dan perubatan.
sumber

No comments:

Post a Comment

Blogroll