Wednesday 22 May 2013

Prosperity Burger 2

07022011259
Kepada penggemar prosperity burger mcdonald yang mengidam nak makan burger tu time selain daripada tahun baru cina...

Bahan-bahan ( boleh lepas 20 biji )

  • 2 cawan stok ayam (boleh guna kiub pati ayam dan air)
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar (atau lebih) lada hitam (tumbuk)
  • 1/2 biji Bawang besar - potong dadu (untuk menumis)
  • 1/2 biji yellow onion - hiris memanjang (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Garam/ gula mengikut tahap kesihatan masing-masing
  • Daging burger (ayam atau beef)

Cara-cara

  1. Tumis bawang besar dengan sedikit minyak sehingga naik baunya.
  2. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan susu segar dan seterusnya lada hitam, kicap manis, sos tiram, marjerin
  4. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung sehingga mendapat kepekatan yang diingini (yang macam kat mcdonalds punya tu.)
  5. Garam dan gula mengikut tahap kesihatan masing-masing.
  6. Asingkan kuah lada hitam yang telah siap dan ambil kuantiti untuk digunakan sahaja.
  7. Masak daging burger, celupkan ke dalam kuah lada hitam tsebut dan letakkan di atas roti burger.
  8. Hiaskan dengan hirisan yellow onion.
  9. Prosperity burger siap untuk ditelan.
sumber;-sini

No comments:

Post a Comment

Blogroll