Monday 6 May 2013

Minum Arak Puncak Segala Kejahatan


Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki
sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy,
dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau
arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala
dosa.
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah
Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga
permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga
membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang
diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua
kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan
membunuh bayi di sisinya.
"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan
perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah
satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata
kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."

No comments:

Post a Comment

Blogroll