Tuesday 21 May 2013

Resepi Ayam Goreng ala-ala kfc




Kepada anda yang tercari resepi ayam goreng yang rangup dan sedap... macam ayam goreng kentaki tu... kfc la... walau ini bukan original resepi die orang..tetapi chef obie telah pun mengguna pakai resepi ini sudah merata tempat.. kat rumah.. kat hotel kat restauren kat kapal r..apa2 aje la...apa pun cakap banyak tak guna jugak kalau anda tidak mencuba resepi ini...
Kalau anda suka pergi ke pasar malam mesti biasa nampak peniaga ayam gorengkan?r...untuk berniaga juga sesuai gunakan resepi Bie ini...,Ala kat kedai tinggal beli aje tepung segera ayam kentaki ni..mmmm perlu dingat tidak sama dengan yang dibuat sendiri...,


Bahan-bahannya:
4 Sudu Besar Nestum//
2 Sudu Besar Oat//
200 gm Tepung High Protein//
1 Sudu kecil Lada Hitam ( blender halus )//
1/2 Sudu kecil Lada Sulah ( blender halus )//
1/2 Sudu Jintan Manis ( blender halus )//
1/2 sudu kecil Ketumbar ( blender Halus )//
1 sudu besar Tepung Jagung//
1 Sudu besar Stok Ayam//
Garam Vakum secukup rasa//
2 biji Telur//
Ais Batu//
Sos Tiram//
1/2 Ekor Ayam Daging
/
/ Minyak Masak//
Shortening//
Cara-caranya
1. Bersihkan ayam terlebih dahulu mandikan ia...heee maksud Bie bersihkan ayam tu betul-betul, kemudian..marinate ayam dengan sos tiram, pastikan jangan terlalu banyak digunakan, 2 sudu besar sahaja cukup dan satu sudu kecil rata garam vakum, gaul hingga sebati.kemudian biarkan seketika ( 5 minit aje cukup ).
2.Sediakan untuk bahan kering- satukan ke semua bahan kering seperti tepung high protein, tepung jagung, lada hitam,lada sulah,jintan manis, ketumbar, stok ayam ,garam secukup rasa,nestum dan oat, gaulkan mesra ok... senang aje.. kalau anda suka masin lebih sikit, bolehlah ditambah garam vakumnya mengikut citarasa anda... ( ketepikan bahan-bahan ini apabila telah siap mesra )
3. Sediakan pula bahan untuk merendam ayam sampai lemas heeeee.... tak r... sediakan bahan yang penting sekali..ok la ini rahsia yang dah tidak rahsia lagi bila Bie dah berkongsi dengan anda..., telur dipecahkan dan di campur pula dengan ais sejuk atau air batu,pastikan telur benar-benar sejuk.. ( tujuannya ialah untuk ,memastikan kerapuhan kerangupan ayam goreng kita ini boleh bertahan selama 30 minit selepas digoreng... walau ayam goreng tu kita letak atas meja makan aje...dengan keadaan terdedah gitu...Choi.. jangan la terdedah..gunakan tudung saji ok tutup makanan kita supaya tidak dihinggapi makhluk yang tidak diingini iaitu lalat soprano! )
4.Masa yang ditunggu-tunggu.. iaitu panaskan minyak terlebih dahulu di atas kuali...
5.Setelah bahan-bahan diatas telah disediakan ,anda perlu pastikan ayam marinate dihadapan anda, disebelahnya pula telur dan air batu, sebelahya lagi adalah bahan kering . Ini adalah untuk memudahkan anda untuk menggoreng ayam kentaki ini dengan betul dan bersistem.
6.Ambil ayam seketul dahulu yang telah di marinate, dengan menggunakan kedua belah tangan anda macam angkat kain jemuran heee...ayam direndam sekali sahaja ke dalam telur berais, kemudian angkat toskan..., kemudian bawa ayam ke dalam bahan kering anda terbalik balikkan ayam itu dalam bahan kering kemudian angkat dan toskan lagi, kemudian gaulkan lagi dengan bahan kering dan toskan ia lagi..penat? tak mungkin penat tangan anda itu... ok sekarang masukkan ayam yang telah disalut itu kedalam minyak yang tersedia untuk digoreng...
7.haaa.... anda jangan lupa masukkan 4 sudu besar shortening ke dalam miyak masak yang sedang panas ..., proses ini membantu merangupkan juga ayam yang akan kita goreng itu. Ok senangkan..anda lakukan lah sehingga selesai ayam-ayam itu digoreng.Selamat menjamu ayam goreng kentaki kfc ala chef obie cuba baru tau..r...
sumber;-sini

No comments:

Post a Comment

Blogroll