Sunday 19 May 2013

TIPS HIKMAH;-Bertafakur

Bertafakur mengingatiNya akan membuatkan sufi sentiasa hadir bersamaNya dalam kehidupan seharian, kerana apabila disebut namaNya maka hadirlah Dia. Tapi malangnya bagi yang lupa mengingatiNya, Dia akan terselubung dan terlupakan dalam kehidupan, yang kelihatan hanyalah makhluk dan alam semesta.

Hanya dengan menutup mata dan masuk ke dalam qalbu, dan mengabaikan makhluk dan alam semesta barulah sufi dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepadaNya.

Inilah yang dikatakan tafakur, tafakur sesaat yang sampai kepada dzat (cinta) itu lebih baik daripada tujuh puluh ribu tahun amalan sunat.

Semasa tafakur sufi dapat mengosongkan fikiran, dan dengan itu sufi dapat merasakan Hakikat Ketuhanan.

Bagi sufi yang sempurna tafakurnya mereka akan dapat merasakan kelazatan yang tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran dan tidak dapat hendak diceritakan, kenapa tidak dapat diceritakan, kerana tiada perkataan yang dapat menggambarkan suasana yang hendak dikatakan.

Suatu kelazatan yang diketahui atau dinikmati oleh yang merasanya sahaja.
INGAT,, Kebahagiaan tidak akan dapat ditemui oleh akal fikiran, fikiran adalah penghalang yang memisahan sufi daripada kebahagiaan ruhani. Oleh itu semasa tafakur amat penting fikiran tidak lagi bergerak dan juga hati mestilah hanya dipenuhi oleh Tuhan semesta alam.

Fikiran berfungsi kerana adanya dualiti contohnya siang dan malam, susah dan senang dan sebagainya. Tetapi Kebenaran tidak ada dualiti ia adalah kesatuan keadaan, contohnya tiada susah dan tiada senang, tiada tua dan tiada muda.

Ini bermakna yang mengetahui dan pengetahuan itu adalah satu, yang melihat dan yang dilihat adalah satu, pencinta dan kekasih adalah satu, dan sebagainya.

Jadi tafakur adalah bertujuan untuk menghantar sufi dari dualiti kepada uniti (di dalam qalbu), contohnya pencinta dan yang dicintai menjadi satu.

Tafakur sebenarnya adalah milik yang sangat berharga bagi para sufi yang dapat membantunya dalam pencariannya kepada kekasih sejatinya.

Satu cara sufi dalam bertafakur adalah dengan menggunakan tenaga cinta Ilahi yang mendalam untuk membendung akal fikiran.Cinta adalah dzat dari Hakikat Ilahi, dan adalah kekuatan yang paling nyata bagi seseorang sufi. Berasal dari dimensi Diri Yang Maha Tinggi, cinta memiliki getaran yang lebih cepat daripada fikiran dan memiliki kemampuan untuk mengatasi fikiran.

Bagi sufi inilah apa yang dikatakan jatuh cinta, kerana apabila cinta datang alasan pun menghilang, fikiran tidak lagi berfungsi kerana kekuatan cinta mengatasi yang lainya.

Dengan perkataan lain, tafakur adalah amalan yang menenggelamkan fikiran dan emosi sufi dalam samudera cinta yang tak terbatas.

Untuk melakukan tafakur qalbu, asalkan tubuh relaks kedudukan jasad tidak begitu penting boleh duduk ataupun berbaring.

Yang penting dalam tafakur ini adalah membangkitkan rasa cinta iaitu dengan mengingati Allah, segala fikiran dan emosi yang datang selepas itu haruslah ditenggelamkan dalam cinta itu, dan akhirnya fikiran akan menjadi kosong atau tidak bergerak lagi. Setelah fikiran dan hati menjadi kosong barulah sufi dapat mendengarkanNya, sebagaimana yang dialami Nabi Musa di Lembah Suci Tuwa.

Dan ingatlah,, ketika sufi tiada Dia akan ada Dalam Sufi, bila sufi bebas dari diri sendiri, Dia akan menunjukkan Keindahannya kepada Sufi.
Dengan mengosongkan fikiran, sufi menciptakan ruang batin di mana sufi dapat menjadi sadar akan kehadiran Sang Kekasih.

Dia selalu di sini tetapi fikiran, emosi, dan dunia luar menghalang sufi daripadaNya. Dia adalah diam yang kosong, dan untuk mengalamiNya sufi perlu untuk menjadi diam yang kosong pula.

Dalam tafakur sufi memulangkan dirinya kembali kepada-Nya, dari dunia pelbagai bentuk ke dalam “dunia lautan nan esa” yang tak terbatas.


MERTABAT TAFAKUR

Allah Tuhanku BerFirman :-
Bagindaku Rasullullah Menyampaikan :-

Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah setahun

Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah 70 tahun, daripada ibadah seribu tahun
Qutubku Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani didalam SIRRUR ASRAR menghuraikan :-

Maksudnya manusia yang berfikir dalam masalah masalah “ Furu “ ( cabang ) , maka nilai tafakurnya lebih besar daripada ibadah setahun. Berfikir untuk mengetahui hal hal yang diwajibkan oleh Allah dalam ibadah dan berfikir tentang aturan aturan ibadah wajib, maka nilai tafakurnya lebih besar daripada ibadah 70 tahun.

Dan berfikir tentang MAKRIFAT kepada Allah, maka nilai Tafakurnya lebih besar daripada beribadah seribu tahun.

Jadi kenapakah Aku tidak mengambil berat akan Firman Allah Tuhanku, Sabda Baginda Rasulku dan penjelasan Qutubku ?

Aku telah sedar dan kini mengambil berat tetapi bagaimanakah caranya Aku harus bertafakur ? Guruku menjelaskan :-

a. Matikan segala gerak anggota luaranmu – maksudnya duduk diam jangan bergerak – gerak.

b. Matikan otakmu – maksudnya jangan fikir apa apa pun.

c. Tundukkan kepalamu, tarik nafas kedalam dengan sepanjang-panjangnya – tahan nafas itu selama mungkin dan ingatlah Allah Tuhan yang meliputi dirimu diluar dan didalam tubuhmu dengan menyebut Nama NamaNya didalam hatimu – apapun NamaNya yang terlintas dihatimu. Lakukanlah berulang-ulang kali kata guruku

No comments:

Post a Comment

Blogroll