1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.
3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai
taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya (musuh).
4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan
bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.
5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru
dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama
bakhil.
6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu
dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada
pencuri.
7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu
akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan
dihisab hartanya.
8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.
9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.
10. Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

No comments:
Post a Comment